#WTF Mumiakan Diri Demi Status.

Pada sekitar tahun 1081 sehingga 1903, terdapat satu amalan di mana sami di utara Jepun telah memumiakan diri mereka sendiri atau lebih dikenali sebagai Sokushinbutsu.

Proses Sokushinbutshu ini boleh memakan masa lebih dari tiga tahun. Pada peringkat awal, sami-sami ini akan melakukan diet dan hanya memakan makanan yang berasaskan tumbuhan seperti kulit kayu, kacang dan biji benih. Mereka juga akan melakukan sebarang aktiviti yang akan membuang lemak-lemak di badan mereka.

Apabila masa untuk memumiakan diri tiba, mereka akan meminum satu teh yang beracun diperbuat dari getah pokok Urushi. Ia akan mengakibatkan sami itu muntah segala isi perut dan yang paling penting, ia membunuh sebarang cacing dan bakteria yang akan menyebabkan badan mereput selepas mati.

Setelah meminum racun itu, sami itu akan masuk dalam satu makam dan mengunci dirinya sendiri. Ruang di dalam makam itu hanya seluas tempat dia duduk bertakafur sahaja dan terdapat sedikit lubang udara untuk dia bernafas. Setiap hari, dia akan membunyikan loceng yang tersedia di dalam makam itu untuk memberitahu yang dia masih hidup lagi. Sehinggalah bila loceng itu tidak berbunyi, ia menandakan sami itu telah meninggal dunia.

Tidak semua sami berjaya memumiakan atau mengawetkan mayatnya sendiri. Banyak mayat sami yang mereput apabila makam itu dibuka dan jika ada sami yang berjaya dalam proses Sokushinbutsu ini, dia akan diangkat status sama seperti Buddha dan dipamerkan kepada pengikut mereka.

Kerajaan Jepun mengharamkan Sokushunbutsu pada akhir abad ke-19, walaupun amalan itu terus berlanjut ke ke-20.

Share It!
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply