Villa Armani – Dayang Abdullah

Semuanya 35.00 ringgit je bang… Malek menghulurkan note RM 50.00 kepada tokey kedai sambil mengangkat bag plastic berisi barangan dapur yang dipesan oleh isterinya.

“Abang baru pindah di sini ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni?” Soal tokey kedai kepada Malek.

“Ye.. saya baru je pindah ke sini 3 hari lepas, sebab saya mengajar di sekolah menegah kampung ni.” Jawab Malek.
“Owh begitu…jadi abang tinggal d mana?” Soal tokey kedai sambil menghulurkan baki duit kepada Malek.
“Villa Amani….” Jawab Malek ringkas..

Terkejut tokey kedai dan tiba-tiba air muka beliau berubah.

Di rumah, Mimi sedang sibuk menyusun barang-barang perhiasan yang masih lagi bersepah sepah dan ada separuh lagi yang masih belum keluar dari kotak. Sedang beliau asyik sibuk menyusun barang..Pang….satu dentuman yang kuat seperti kaca terhempas ke lantai…

Mimi yang dari tadi asyik leka, terkejut dengan bunyian tersebut lalu mencari arah datangnya bunyi tersebut. Alangkan terkejutnya Mimi melihat pasu bunga besar kesayangannya pecah berderai. Mimi hairan bagaimana pasu tersebut boleh pecah sedangkan pasu tersebut berada di tengah rumah dan tiada angin pun yang bertiup waktu itu.

“Macam mana boleh pecah ni, mungkin kucing kot..huh?” keluh Mimi sambil mengutip sisa-sisa pasu yang berselerakan.

Ketika sedang asyik mengemas, tiba-tiba Mimi ternampak bayang-bayang dibelakangnya, lalu Mimi menoleh kebelakang untuk melihat siapa yang berada di belakangnya. Tapi tiada siapa.

Malek masih lagi tak percaya apa yang diceritakan oleh tokey kedai padanya siang tadi. Baginya bagai tidak masuk akal dengan cerita tersebut.

“Apa yang dimenungkan tu abang?” Soal Mimi kepada suaminya.

“Tiada apa-apa sayang.” Jawab malek sambil menbelai perut mimi yang makin membesar itu.

Mimi yang sedang sarat mengandung 7 bulan hanya tersenyum melihat gelagat suaminya itu. Sedang mereka asyik berbual-bual, tiba-tiba loceng rumah berdering. Malek bangun lalu membuka pintu untuk melihat siapa yang datang pada lewat malam begini.

Dilihatnya seorang lelaki berbaju hitam lusuh tengah berdiri di luar pagar sambil tersenyum dan melambai tangan ke arahnya. Lelaki tersebut memberitahu yang tayar motonya pancit dan minta untuk berteduh seketika sementara menunggu kawanya datang jemput. Kebetulan malam itu hujan turun dengan lebatnya.

Malek membuka pintu dan mempelawa lelaki tersebut masuk. Malek menyuruh Mimi menyediakan air panas buat lelaki tersebut.

“Encik ni orang baru di sini ke? Sebab tak pernah nampak sebelum ni.” Soal Malek

“Oh ye, nama saya Arman..saya tinggal berdekatan je.”

“Saya Malek dan ini isteri saya Mimi. Kami baru saje pindah ke kampung ni. Kebetulan saya mengajar di sekolah kampung ni. Esok saya dah mula mengajar.”

Jawab Malek sambil memerhatikan lelaki misteri tersebut. Pakaian lelaki tersebut agak lusuh dan ada kesan lumpur pada seluarnya. Mungkin sebab hujan kot. Fikir Malek sendiri.

Sedang asyik mereka berbual-bual, tiba-tiba Arman bertanya kepada Malek tentang sejarah rumah yang mereka duduki sekarang ini. Malek terkejut tapi dikawal perasaan itu agar tidak diketahui oleh Mimi.

“Tak tau pula saya yang rumah ini ada sejarah, sebab saya tinggal sini pun sebab pihak sekolah yang carikan untuk saya.” Jawab Malek.

“Owh yakah, tak apa la kalau macam itu saya ceritakanlah. Kisahnya begini, kira-kira 20 tahun dahulu ada sepasang suami isteri tinggal di vila ini. Si suami bekerja sebagai jurutera kapal manakala si isteri suri rumah. Setiap tahun si suami akan keluar berlayar berbulan-bulan lamanya. Sehingga pada suatu hari si isteri disahkan mengandung.”

“Alangkah gembiranya si suami sebab penantiannya selama ini berakhir. Selang dua bulan selepas itu si suami terpaksa berlayar semula selama 6 bulan, maka tinggal la si isteri tadi di villa ini kesorangan. Tapi kali ini si suami belayar tak lama, hanya 3 bulan sahaja. Si suami tak sabar nak balik untuk bertemu dengan si isteri untuk melepaskan segala rindu dendamnya. Si isteri tidak tahu yang si suami akan pulang awal dari kebiasaannya.”
“Sampai sahaja di villa, alangkan hancur dah luluhnya hati si suami melihat isteri yang di cintai dan dikasihi sedang lena berdakapan dengan seorang lelaki di atas katil biliknya. Si suami dengan perasaan marah lalu lari ke dapur lalu dicapainya sebatang besi panjang dan bergegas naik ke dalam bilik.”

“Dengan perasaan marah si suami menjerit sekuat hatinya dan meluru kearah lelaki tersebut. Si isteri dan lelaki tersebut terkejut tapi tak dapat berbuat apa-apa kerana si suami lebih dahulu telah menghayunkan besi tersebut ke kepala lelaki itu sekuat hatinya sehingga pecah dan dan darah habis terperecik ke merata-rata bilik. Akhirnya lelaki tersebut mati di situ. Si isteri yang ketakutan cuba lari tapi dapat dihalang oleh si suami. Si suami telah menghantukan kepala si isteri ke dingding sampai berdarah lalu dihumbannya si isteri yang tengah sarat mengandung itu ke katil.”

“Si isteri yang tinggal nyawa-nyawa ikan mengerang kesakitan dan merayu kepada si suami. Tapi rayuan itu tidak di indahkan. Si suami mencapai pisau di pinggangnya lalu meluru ke arah si isteri tersebut lalu membelah perut isterinya hidup-hidup. Si isteri meraung sekuat hati tapi raungan itu ibarat satu irama kepada si suami. Si suami ketawa besar sambil menyiat-nyiat perut isterinya lalu mengeluarkan janin dari perut isterinya.”

“Si suami membaling janin tersebut ke lantai sambil berkata kau bukan anak ku! Lalu meminjak-minjak janin tersebut. Setelah puas, si suami menanggis sekuat hatinya kerana kecewa dengan kecurangan isteri yang dicintainya, lalu si suami pun menalefon polis memberitahu pembunuhan yang dilakukannya. Sementara polis datang si suami menikam-nikam perut dan dadanya sehingga beliau pun mati di sisi wanita yang dicintainya.”

“Wow dasyatnya cerita En Arman ni. Macam mana en Arman tahu secara detail cerita ni.” Soal Malek yang tiba-tiba rasa tidak sedap hati dengan cerita yang disampaikan oleh Arman.

Sebabnya villa ini dinamakan semperna nama pasangan suami isteri ni. Si suami menghadiahkan villa ini kepada isterinya tanda cinta dia kepada isterinya lalu mengabadikan nama mereka berdua pada villa ini. Nama isterinya Hani dan si suaminya pula….sambil tersenyum lelaki tersebut mengeluarkan sebilah pisau…..

Malek kaku tak dapat berbuat apa-apa. Lidahnya kelu melihat mayat isteri kesayanganya berlumurah darah dengan perutnya terbarai dan janin anaknya dikeluarkan dan hancur seperti dipijak-pijak. Yang membuatkannya bingung melihat ditangannya terdapat sebilah pisau yang penuh dengan darah begitu juga dengan pakaiannya.

Selang berapa minit kedengaran bunyi kereta polis datang ke arah villa tersebut. Malek telah ditangkap kerana membunuh isterinya dengan kejam. Sewaktu Malek di bawa ke kereta peronda, terdapat satu susuk tubuh sedang memerhati sambil tersenyum puas sebelum menghilangkan diri.

Rumah tu dulu pernah berlaku macam-macam kejadian ngeri. 20 tahun dahulu ada pembunuhan kejam berlaku di rumah tersebut, si suami membunuh isterinya dengan membelah perut isterinya yang sedang sarat mengandung. Selepas dia bunuh isterinya dia bunuh diri. 10 tahun lepas pun ada kes pembunuhan kejam juga berlaku di situ, si suami menghentak kepala isteri dengan besi sampai pecah. Si suami nye kene tangkap. Dengar cerita si suami tu jadi gila.

Share It!
  • 170
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply