Teka Teki: Pita Rakaman Kaset

Beberapa tahun yang lalu, terdapat seorang hartawan yang berumur 70-an tinggal berseorangan di sebuah banglo yang terletak di atas bukit. Pada satu malam, pihak polis menerima satu panggilan kecemasan dimana hartawan itu ditemui mati akibat membunuh diri.

Ketika polis berada di rumah banglo tersebut, mereka disambut oleh seorang pembantu rumah dan beliau mengatakan dia terdengar bunyi tembakan di tingkat atas semasa dia sedang bekerja di dapur. Selepas itu dia berlari ke bilik atas dan mendapati hartawan itu telah membunuh diri.

Pihak polis terus menyiasat ke bilik dan mendapati mayat hartawan itu dalam keadaan terduduk di kerusi berhampiran meja kerja dan terdapat kesan tembakan di kepalanya.  Polis menjumpai sepucuk pistol di atas meja kerja yang berhampiran dengan tangan hartawan tersebut.  Terdapat juga mesin pita rakaman kaset di atas meja tersebut dan pihak polis mula mencari kesan cap jari.

Beberapa seketika kemudian, mereka hanya menjumpai cap jari hartawan tersebut dan salah seorang polis cuba tekan butang main pada pita rakaman dan terdengar suara lelaki berkata:

“Nama saya Richardson.. Saya sangat sunyi dan sedih dengan hidup ini. Jadi saya membuat keputusan untuk meninggalkan dunia yang kejam ini.. Maafkan saya, semoga Tuhan mengasihani roh saya..”

Selepas itu mereka terdengar bunyi tembakan sebaik sahaja hartawan itu menghabiskan ayatnya dan rakaman suara itu terus berhenti.

Namun selepas meneliti rakaman pita rakaman tersebut, pembantu rumah itu telah ditahan oleh pihak polis atas tuduhan membunuh hartawan tersebut.

Mengapa pembantu rumah itu ditahan atas kesalahan membunuh hartawan tersebut? Berikan jawapan anda di ruangan komen ini.

Share It!
  • 280
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply