Teka Teki: Pengemis

Saya tinggal di Osaka, Jepun dan selalu menggunakan kereta api bawah tanah untuk pergi bekerja di awal pagi. Pada suatu hari semasa saya menunggu kereta api, saya perasan ada seorang lelaki pengemis duduk di satu sudut stesen ini. Tempat saya menunggu ini tidak jauh dari tempat dia duduk itu.

Pengemis itu memegang satu cawan seperti mahu meminta sedekah, tiba-tiba ada seorang wanita gemuk lalu dihadapannya. Ketika itu saya dapat mendengar dia berkata “Babi.”

Terkejut saya. Pengemis ini mahu meminta sedekah tapi mulutnya agak celupar. Kemudian terdapat seorang lelaki berkot hitam lalu dan pengemis itu berkata “Manusia.”

Manusia? Ya semestinya lelaki berkot hitam itu manusia. Mungkin pengemis ini ada masalah mental.

Pada keesokan hari, saya tiba awal di stesen dan mempunyai sedikit masa untuk menunggu kereta api sampai. Pengemis itu masih ada duduk di sudut itu dan saya cuba untuk menghampirinya dengan lebih dekat.

Kemudian terdapat seorang lelaki kurus lalu dihadapannya dan pengemis itu berkata “Lembu.”

Eh orang kurus macam ni dia kata lembu? Sepatutnya panggilah cicak kobeng ke.

Beberapa minit kemudian, seorang lelaki gemuk lalu dan pengemis itu berkata “Ubi Kentang.”

Ubi kentang? Kenapa dia tidak kata babi seperti wanita gemuk semalam?

Pada hari yang sama, ketika berada di pejabat, saya masih memikirkan tentang kelakuan pelik pengemis itu. Mungkin dia ada masalah mental dan mempunyai kemahiran psiko dimana dia boleh nampak kehidupan lalu orang lain. Di Jepun, masih ramai yang mempercayai ‘reincarnation’ (penjelmaan semula).

Ketika saya pulang, saya cuba untuk menegur pengemis itu untuk mendapatkan kepastian. Semasa saya lalu dihadapanya, dia berkata “Roti.”

Saya mencampak beberapa duit syiling ke dalam cawannya dan bertanya adakah dia mempunyai kemahiran psiko atau seumpamanya.

Pengemis itu pun berkata dia ada kemahiran psiko tapi bukanlah seperti meramal masa depan atau membaca minda seseorang.

“Jadi apa kemahiran awak sebenarnya?” kata saya.

“Kemahiran saya ialah saya mampu tahu makanan terakhir seseorang itu makan.

Saya tidak dapat menahan ketawa mendengar dia berkata begitu. Namun pada masa yang sama saya agak terpegun juga kerana tadi memang saya makan roti ketika dalam perjalanan datang ke stesen ini. Mungkin dia mempunyai kemahiran itu tapi kalau betul pun, ianya kemahiran yang langsung tidak berguna.

Ps: Adakah anda perasan sesuatu di sebalik cerita ini? Nyatakan di ruangan komen ini.

Share It!
  • 338
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply