Teka Teki: Pendaki Gunung

Pada musim sejuk, terdapat lapan pelajar kolej berasal dari Amerika pergi mendaki satu gunung yang tertinggi di tempat mereka. Semasa dalam pendakian, cuaca sejuk menjadi semakin teruk dan menyebabkan mereka berlapan terdampar di puncak gunung itu selama dua minggu.

Akhirnya, kumpulan penyelamat berjaya menemui mereka. Namun hanya tujuh daripada mereka yang terselamat dan telah dibawa ke hospital berdekatan. Beberapa hari kemudian, enam daripada mereka berjaya pulih sepenuhnya, tetapi pelajar yang ketujuh ini kelihatan sangat trauma dengan malapetaka yang menimpanya sehingga dia dibawa masuk ke hospital sakit jiwa.

Pihak polis telah soal selidik enam pelajar yang telah pulih itu tentang apa yang berlaku terhadap pelajar kelapan yang masih belum ditemui lagi.

“He just wandered off and never came back.” Kata kesemua enam pelajar yang terselamat mengenai pelajar kelapan yang hilang itu.

Kemudian, pihak polis pergi ke hospital sakit jiwa untuk menemui pelajar ketujuh untuk di soal selidik mengenai pelajar kelapan itu namun pelajar itu masih trauma dan sering menghentak kepalanya di dinding.

Apa yang pihak polis dapat merekod dari keterangan pelajar ketujuh yang sedang sakit mental itu ialah dia sering berulang cakap “8… 8… 8…”

Apa yang berlaku terhadap pelajar kelapan itu dan kenapa pelajar ketujuh ini menjadi trauma? Apakah maksud keterangan daripada pelajar ketujuh ini? Berikan jawapan anda di ruangan komen.

Share It!
  • 203
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply