Teka Teki: Bunyi Ketukan

Ketika saya berada dalam lawatan kerja, saya ditempatkan di sebuah hotel usang yang berdekatan dengan tempat kerja. Hati saya agak resah kerana sering mendengar khabar angin bahawa hotel ini berhantu. Namun saya tiada pilihan kerana majikan sudah memilih hotel ini atas bayaran yang murah.

Ketika bermalam di hotel ini, saya dikejutkan dengan bunyi yang kuat. Bunyi itu seperti bunyi ketukan pintu di bilik. Saya sangkakan ada pekerja hotel yang mengetuk pintu itu, namun apabila saya bertanya “Siapakah itu,” tiada maklum balas yang diterima. Saya tidak berani untuk membuka pintu lalu mengintai dari lubang kunci dan mendapati tiada sesiapa di luar.

Bunyi ketukan itu berterusan sepanjang malam itu. Saya tidak dapat tidur lena sehingga bunyi itu berhenti pada keesokan pagi. Saya terus bangun dari katil dan keluar dari bilik menuju ke kaunter perkhidmatan untuk mengadu masalah ini.

Pengurus hotel itu berkata hotel ini memang berhantu kerana pernah berlaku kejadian kebakaran yang menggadaikan banyak nyawa. Kebanyakan mangsa yang maut adalah kerana terperangkap di dalam bilik dan terbakar hidup-hidup.

Selepas mendengar penjelasan dari pengurus itu, saya berasa agak lega kerana tidak membuka pintu malam kelmarin. Kalau tidak mungkin saya akan diganggu jika keluar dari bilik itu.

Ps: Adakah anda perasan sesuatu yang aneh disini?

Share It!
  • 188
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply