Syaitan Dalam Almari

Tok.. Tok.. Tok…

Niesha tidak dapat tidur kerana masih terdengar bunyi-bunyi ketukan di dalam almari baju bilik tidur itu. Jam telah menunjukkan pukul 2.30 pagi dan sepatutnya gadis kecil berumur lima tahun harus masuk tidur namun Niesha tidak berani untuk melelapkan matanya. Bunyi-bunyi di dalam almari itu sudah berhari-hari mengganggu malamnya.

TOK! TOK! TOK!

Bunyi itu makin kuat bunyinya. Adakala Niesha mampu mendengar suara-suara menakutkan yang memanggilnya untuk membuka pintu almari baju itu. Niesha tidak suka mendengar bisikan syaitan itu.

“Nieshaaa.. Marilah teman saya…”

Niesha terus mengambil bantal dan menutupi mukanya namun bisikan itu tetap dapat didengarinya.

“Nieshaa.. Awak tak mahu sembunyi disinikah? Nanti ayah tiri awak dah balik, habis dikerjanya awak…”

Niesha terus mengalirkan airmata. Bisikan syaitan itu benar-benar melukakan hatinya. Tiba-tiba dia mendengar enjin kereta diluar rumah.

“Cepat Niesha! Mari sembunyi di dalam almari ini. Kalau tidak awak pun akan jadi mangsa serakahnya lagi…”

Oleh kerana tiada pilihan, Niesha cepat-cepat bangun dari katil dan masuk ke dalam almari baju yang menyimpan pakaian ayah tirinya. Setelah masuk, Niesha terus menutup rapat pintu almari itu. Keadaan di dalamnya sangat gelap namun Niesha mampu melihat keadaan di luar bilik yang masih diterangi dengan mentol malap melalui celahan pintu almari itu.

“Haha dengar juga kata saya…”

Niesha hanya diam sahaja. Dia menyedari sepasang mata merah dan susuk badan yang kurus lagi busuk sedang duduk disebelahnya. Ia adalah syaitan yang sering mempengaruhi Niesha pada tiap malamnya.

Tiba-tiba kedengaran bunyi kunci mangga dibuka dari luar pintu bilik itu dan disusuli dengan bunyi rantai besi yang jatuh ke lantai. Pintu bilik itu terus dibuka dan terdapat satu sosok badan lelaki sedang memapah tubuh wanita yang sedang mabuk. Lelaki itu adalah bapa tiri Niesha.

“Niesha! Awak dimana!” Jerit bapa tiri Niesha. “Jangan nak sembunyi dalam almari saja. Marilah keluar… ikut sama ayah.”

Bulu roma Niesha mula meremang mendengar ajakan bapa tirinya. Gadis yang mabuk itu terus dicampakkan di atas katil yang Niesha baring tadi. Bapa tiri Niesha terus menanggalkan semua pakaian gadis mabuk itu.

“Niesha. Tak akan awak mahu tengok sahaja. Keluarlah dari almari itu.” Kata bapa tiri Niesha sambil mula meratah tubuh gadis mabuk itu.

Airmata Niesha mula mengalir deras. Dia mengeluarkan pisau dari poketnya. Dia mahu menghentikan penderitaan yang dia alami semenjak ibunya dibunuh oleh bapa tirinya itu.

“Tunggu apa lagi Niesha.. Aku sentiasa menunggumu…” Bisik syaitan itu kepada Neisha.

Niesha tidak dapat menahan kesedihan. Dia telah menemui jalan mati. Tubuh kecilnya sudah tidak mampu lagi menjadi ratahan lelaki bertopengkan syaitan itu. Dia harus laksanakan keputusannya…

 

Sejam kemudian.

 

Setelah puas meratah tubuh gadis mabuk itu. Nafsu bapa tiri Niesha itu masih belum puas lagi. Dia perlukan pusingan kedua.

“Niesha… Marilah keluar. Teman ayah ni. Ayah sunyilah.”

Tiada jawapan atau bunyi dari dalam almari itu.

“Jangan sampai ayah paksa Niesha keluar! Dengar cakap ayah ni!.

“Hehe…”

“Eh gelak pula Niesha ni. Marilah keluar sayang..”

“Ayah..”

Bapa tiri Niesha terkejut apabila melihat gadis mabuk itu sedang berdiri di atas katil.

“Ayah…” kata gadis mabuk itu dengan suara seperti Niesha.

“Eh kau ni dah kenapa! Aku bukan panggil kau!

Tiba-tiba mata gadis itu bertukar jadi merah dan lantas dia mencekik leher bapa tiri Niesha. Lehernya dicekik dengan begitu kuat sehingga dia tidak mampu bersuara.

“Ayah… ini untuk ibu dan segala derita yang ayah berikan pada kami!”

Mulut bapa tiri Niesha mula mengeluarkan darah, dia cuba melepaskan genggaman tangan gadis itu namun dia tidak mampu melawan kekuatan ‘syaitan’ itu.

“Pergi mati kau binatang!”

Kepala bapa tiri Niesha terus diputuskan oleh gadis itu. Ketika saat dia mahu menghembuskan nafasnya, dia dapat melihat Niesha sedang berdiri di atas katil itu bersama syaitan yang mendampinginya.

Kenapa ayah buat begini pada Niesha…

Beberapa hari kemudian, seorang lelaki berpangkat koperal ditemui mati bersama seorang pelacur di dalam bilik rumahnya. Mereka berdua ditemui mati dalam keadaan mengerikan dimana kepala mereka berdua telah dipenggal manakala badan mereka telah dicincang sehingga lumat.

Kes ini menimbulkan pelbagai persoalan kerana pihak polis telah menemui mayat Niesha di dalam almari dan didapati dia telah membunuh diri dengan mengelar tangannya menggunakan pisau. Mereka tidak dapat membuat kesimpulan bahawa Niesha telah menjadi pembunuh kerana tidak mungkin gadis kecil ini mampu melakukannya.

Penulis: Syahir

 

Share It!
  • 228
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply