Siapa? – Nazirul Syazwan

Kiriman pembaca daripada Nazirul Syazwan

Jam telah menunjukkan pukul 6 petang, kelihatan 3 orang sahabat baik, Khai, Zack dan Alif sedang duduk berbincang mengenai projek yang ingin mereka laksanakan. Khai sebagai seorang yang hati kering bab benda mistik memberikan cadangan kepada dua sahabatnya untuk bersama-sama merungkai misteri di sebuah blok tinggal yang dikatakan sudah tidak berpenghuni untuk lebih 30 tahun.

Zack dan Alif kelihatan teruja mendengar cerita Khai mengenai blok tersebut dan mereka bersetuju untuk pergi ke sana. Khai merupakan seorang individu yang biasa melakukan jejak paranormal di beberapa tempat dan menurutnya, selama ini dia tidak pernah terserempak dengan benda benda misteri mahupun hantu. Khai yang terkenal dengan sifat beraninya telah dilantik sebagai ketua ekspedisi paranormal mereka di blok tinggal tersebut.

Setelah selesai menjamah makanan mereka, Khai telah memberikan cadangan untuk pergi ke situ pada pukul 11 malam. Baki masa dua jam lagi mereka gunakan untuk menyediakan peralatan seperti kamera dan beberapa alatan perakam audio yang boleh digunakan untuk tujuan menangkap sebarang gambar atau bunyi asing yang mungkin berpunca dari makhluk halus yang menetap di situ. Kehebatan tiga sahabat dalam seni pembuatan filem pendek di kolej mereka menjadi semua benda tampak mudah dari segi peralatan.

Tepat jam 11 malam mereka pun memulakan perjalanan dari kolej mereka menuju ke arah blok tinggal tersebut. Blok tinggal tersebut terletak lebih kurang 20 km dari kolej mereka. Sepanjang perjalanan ketiga-tiga sahabat tengah sibuk berbincang mengenai plan mereka untuk ekspedisi paranormal mereka itu. Khai mengatakan kepada dua kawannya.

“Korang releks lah, takda hantu punya, paling kurang bunyi benda jatuh la, apa la, dah biasa dah benda macam ni”

Zack membalas,

“Kau jangan takbur Khai, jangan kelak kerana mulut badan kau binasa.”

Alif menambah,

“Betul cakap Zack tu Khai, mak aku cakap kalau nak pegi tempat macam ni mulut jangan celupar sangat, buruk padahnya.”

Khai tidak mengendahkan kata-kata rakannya dan terus mengatakan bahawa,

“Korang masih amatur bab benda ni, aku dah lama berkecimpung bab cari hantu semua ni. Setakat ni takda satu pun hantu datang jumpa aku.”

Zack dan Alif hanya menggelengkan kepala mendengar kata-kata Khai tersebut. Masa 40 minit telah berlalu dan akhirnya mereka sampai di tempat yang dituju. Jam telah menunjukkan waktu tepat 11.40 malam.

Suasana malam yang dingin dan menyeramkan itu, telah menimbulkan rasa kurang selesa di hati Zack dan Alif tatkala mereka melihat blok tinggal tersebut tersergam di hadapan mereka. Khai tengah sibuk mengeluarkan kamera dan peralatan audio mereka dari bonet kereta mereka. Sedang mereka sibuk mengeluarkan peralatan mereka….

Tiba tiba, deruan angin dingin telah membelah muka ketiga-tiga sahabat tersebut dan seiringin itu kedengaran bunyi salakan anjing liar yang kedengaran sayup sayup dari jauh. Alif teringat pesan neneknya yang apabila terdengar salakan anjing yang dekat maknanya makhluk itu berada jauh.

Namun apabila terdengar salakan anjing itu dari jauh maknanya makhluk itu berada dekat. Kelihatan muka Alif telah pucat seperti tiada darah langsung apabila teringat pesan nenenknya. Zack yang perasan akan benda itu terus bertanya kepada Alif sama ada dia okay ke tak. Alif tersentak dengan sapaan Zack dan terus mengatakan dia okay cuma kecut perut sikit mendengar salakan anjing tadi.

Zack melegakan hati rakannya itu dengan mengatakan,

“Releks Alif, In Sha Allah takda apa2, aku ada teman kau, Khai pun ada, jangan risau”

Alif kelihatan lega sedikit mendengar kata kata Zack tersebut. Sesudah mereka selesai mengangkat barang barang mereka ke bawah blok tersebut, tiba-tiba Khai teringat yang dia tertinggal telefon bimbitnya di dalam kereta.

Khai berlari ke kereta untuk mengambilnya dan semasa Khai hendak kembali ke arah rakannya, dia ternampak kelihatan lampu terbuka dan kemudian tertutup semula di tingkap di salah sebuah blok tersebut. Khai mula berasa tidak sedap hati dan merahsiakan perkara itu dari rakannya. Setahu dia sudah tidak ada bekalan elektrik di situ.

Lampu-lampu jalan pun tidak berfungsi lagi inikan pula lampu bilik dalam blok tersebut. Namun Khai membuat keputusan untuk meneruskan sahaja ekspedisi paranormal mereka dengan anggapan itu hanya cara makhluk di blok ini untuk menakut-nakutkannya.

Tepat jam 12 tengah malam ketiga tiga sahabat itu pun terus memasuki blok tersebut. Khai menyalakan lampu suluh yang dibawanya manakala Zack dan Alif masing-masing memegang kamera mereka. Khai mengetuai ekspedisi paranormal mereka dan memulakan perjalanan masuk ke salam blok tersebut.

Semasa mereka semua sedang melalui koridor utama blok tersebut, mereka terpandang sebuah lif yang usang yang sudah tidak berfungsi lagi. Alif yang berada di belakang sekali mula merasa tidak sedap hati.

Tiba tiba…. Lif yang usang itu pun terbuka dengan sendirinya sambil mengeluarkan bunyi “ting”. Alif yang tersentak dengan bunyi itu terus memeluk Zack yang berada di depannya. Zack dan Khai pada ketika itu saling berpandangan kerana hairan macam mana lif usang boleh terbuka sedangkan tiada bekalan elektrik di situ. Lalu Khai bersuara,

“Korang jangan takut, ini lah cara benda tu nak takutkan kita.”

Khai dengan angkuh menyambung,

“Wei, kalau setakat lif terbuka aku tak takut la. Aku penah kena lagi teruk dari ni.”

Zack lantas menutup mulut Khai yang celupar itu dan berkata,

“Khai! Kau jangan nak buat hal, aku tak nak sebab kau kami yang kena padahnya.”

Khai menepis tangan Zack dan berkata,

“Kalau korang takut, korang tunggu kat kereta la, bagi aku kamera tu. Biar aku naik sendiri.”

Zack menenangkan Alif yang ketakutan di belakangnya dan meneruskan perjalanan mengikut Khai yang berada di hadapan mereka. Zack bertanya,

“Khai kau nak naik sampai tingkat berapa? Kita naik tingkat dua sudah la. Kita duduk situ dan pasang kamera.”

Khai membalas,

“Ala releks la, naik la tinggi sikit, kalau korang rasa kecut perut nak ikut aku, apa kata korang pasang kamera kat tingkat tiga ni dan tunggu aku kat sini. Aku nak naik kat tingkat tujuh kejap.”

Zack hanya akur akan kata-kata Khai. Dia dan Alif membiarkan Khai berlalu naik ke atas dan menghilang ditelan kegelapan suasana dalam blok tersebut. Alif memasang lampu suluh yang ada padanya dan dia dan Zack telah memasang dua kamera di ruang tamu dah bilik sebuah rumah di tingkat tiga tersebut. Zack dan Alif memutuskan untuk duduk di ruang tamu sambil menunggu Khai turun dari tingkat atas.

Zack bertanya kepada Alif,

“Kau okay tak? Aku tengok dari tadi pucat je kau?”

Alif menjawab,

“Aku masih terkejut dengan peristiwa tadi. Aku okay je ni, jangan risau.”

Zack lega mendengar kata-kata kawannya itu. Mereka berdua merasa bosan dan Zack lantas membuka cerita mengenai kisah misteri untuk memecah kesunyian malam di samping untuk menghilangkan rasa bosan menunggu Khai.

Zack memulakan ceritanya,

Dulu masa sekolah, aku pernah terserempak dengan…

Sebelum sempat Zack memulakan cerita mereka terdengar bunyi tapak kaki orang yang tengah berlari turun ke bawah. Mereka terus menyangka mungkin itu Khai yang tengah berlari turun menuju ke tempat mereka. Zack lantas bangun dan menuju ke pintu untuk melihat ada ke tidak kelibat Khai di tangga. Namun Zack merasa hairan apabila tiada siapa pun berasa di luar tersebut lalu dia berasa tidak sedap hati akan keadaan itu. Zack masuk semula untuk menemui Alif.

Alif kelihatan kaku memandang ke arah bilik di mana kamera mereka diletakkan. Kelihatan sepasang mata sedang memandang tajam ke arahnya. Zack yang hairan menanyakan Alif apa yang berlaku. Alif yang sudah terkunci mulutnya hanya mampu menunjuk ke arah bilik tersebut.

Alangkah terkejutnya dua sahabat tersebut apabila disergah oleh makhluk berbaju putih dan berambut panjang yang meluru keluar ke arah mereka. Zack dan Alif berlari bagaikan orang yang tidak cukup tanah turun ke tingkat bawah. Mereka meninggalkan semua peralatan mereka dan bercadang untuk pulang mengambilnya pada esok hari saja. Tapi mereka terlupa yang Khai masih berada di atas.

Tiba-tiba kedengaran Khai memanggil mereka dari balkoni tingkat tujuh.

“Korang, korang naik sini jap, aku ada benda nak tunjuk korang, cepat sikit. Aku tunggu korang.”

Belum sempat mereka membalas Khai sudah kelihatan masuk semula ke dalam rumah tersebut. Mahu tidak mahu, Zack dan Alif perlu mendapatkan Khai semula sebelum boleh pulang ke rumah. Mereka melalui kawasan tangga tersebut dengan berhati-hati. Ketika hendak melalui tangga tingkat tiga mereka berdua berdoa agar tiada apa yang berlaku. Nasib baik tiada benda pelik yang berlaku.

Setibanya mereka di tingkat 7 mereka memanggil-manggil nama Khai. Namun kelibat Khai tidak kelihatan. Zack dan Alif mula rasa tidak sedap hati.
Tiba tiba mereka terdengar suara Khai dari dalam sebuah bilik,

“Korang aku kat sini, tolong amik kamera ni jap, aku ada benda nak tengok ni”

Khai kemudian menghulurkan kamera tersebut di hadapan pintu bilik tersebut
Alangkah terkejutnya Zack dan Alif apabila melihat kamera tersebut dipegang oleh tangan yang kelihatan berkedut dan berlumuran dengan darah. Seraya dengan itu kedengaran bunyi hilaian ketawa yang memecah sunyi malam di blok itu.

Sekali lagi Zack dan Alif berlari turun ke bawah bagaikan orang yang dikejar anjing. Tergopoh gapah dua sahabat menyuluh tangga dan belari turun. Nasib baiklah makhluk tersebut tidak mengejar mereka. Zack dan Alif mengambil keputusan untuk pulang dahulu mendapatkan pertolongan. Mereka terpaksa meninggalkan Khai dahulu kerana mereka sudah takut untuk mencari Khai di blok itu. Peralatan seperti kamera juga ditinggalkan dek kerana takut disergah oleh lembaga berbaju putih itu lagi.

Zack dan Alif berjalan laju menuju ke kereta dan kedua-dua terkedu apabila melihat Khai sedang terbaring ketakutan di kerusi belakang kereta. Mereka lantas memecut keluar dari kawasan blok itu dan menuju ke arah kedai mamak berhampiran sambil menunggu fajar pagi tiba. Jam menunjukkan pukul 3.40 pagi. Khai kelihatan pucat dan mengigil ketakutan.

Zack dan Alif cuba menenangkan Khai dan meminta dia menceritakan apa yang berlaku. Khai membuka cerita,

“Aku naik ke tingkat tujuh tadi sebab masa nak masuk blok tu tadi aku nampak lampu bilik kat tingkat tu menyala dan tertutup. Masa naik tadi sampai tingkat tujuh aku takda kena kacau ke apa.”

Zack bersuara,

“Habis tu kenapa kami jumpa kau ketakutan dalam kereta tadi?”

Khai menyambung,

“Sebab masa aku tengah sibuk merakam seluruh kawasan ruang tamu rumah yang ku kata itu, ku terdengar suara orang panggil nama aku, halus suaranya memanggil ku.. Khaiii…”

Khai menyambung lagi,

“Aku pun pergi ke arah bilik itu, dan dari luar lagi aku sudah tercium bau busuk yang amat sangat. Namun aku beranikan diri dan saat aku masuk ke dalam aku cuba menyuluh ke arah setiap inci bilik tersebut.”

Khai berhenti dan merasa berat hati menyambung ceritanya…

Alif menggesa Khai untuk menyambung kerana ingin tahu.

Mahu tidak mahu Khai menyambung ceritanya,

“Masa aku suluh ke arah siling bilik tersebut aku ternampak sebuah lembaga berbaju putih memandang tajam dan senyum ke arahku. Dia meluru dan menerkam ke arahku dan aku pada ketika itu ketakutan terus berlari meninggalkan kamera menuju ke bawah dan masuk ke dalam kereta.”

Zack dan Alif saling berpandangan dan berkata,

“Habis siapa yang panggil kami untuk naik atas tadi?”

“Manalah aku tahu.” Balas Khai.

“Kau jangan nak main-main Khai, kami dengar kot kau jerit panggil kami dari balkoni tingkat tujuh itu. Habis kalau bukan kau siapa lagi?” Balas Zack.

“Sumpah Zack bukan aku, entah-entah mungkin…” Balas Khai.

Khai tidak menghabiskan kata katanya.

Zack dan Alif kelihatan bingung dan benda yang bermain di benak fikiran mereka berdua bukan peralatan yang bernilai beribu ringgit yang masih tertinggal di situ.

Namun….

Persoalan yang berlegar legar di minda mereka ialah..

‚ÄúSIAPA yang memanggil mereka tadi?”

Ditulis oleh: Nazirul Syazwan

Share It!
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply