Scene 01cc

Farisya mula mengaku yang dirinya tidak memberi layanan yang sepatutnya kepada Haris. Sudah pelbagai cara Haris lakukan untuk ‘membantu’ Farisya namun dia sering kali mengambil sikap geli sehingga membantutkan hubungan mereka di ranjang.

“Ya sayang tahu sayang tidak pandai layan abang di katil. Farisya tidak biasa dengan permintaan abang itu. Abang tahukan Farisya dibesarkan dalam keluarga alim.” Kata Farisya sambil mengesat airmatanya.

“Abang bukannya nak minta yang hardcore sangat. Tapi sehingga benda yang ringan-ringan pun Farisya langsung tiada nafsu nak layan abang. Sayang kena tahu tugas seorang isteri kena beri layanan batin yang secukupnya kepada suami.” Balas Haris.

“Sayang memang tengah berusahalah, tapi abang janganlah curang di belakang sayang!”

“Alah kalau abang nak curang pun dengan Farah je. Bukan dengan siapa pun. Sayang pun tahu dia tiada hati nak jadi isteri abang dari dulu lagi.”

“Habis kalau sayang mampu beri layanan yang sama seperti Farah, adakah abang boleh tinggalkan Farah terus?”

Haris tersentak. Kelu lidah dia untuk menjawab soalan itu. 

“Hah kenapa diam? Tengok sayang dah agak abang akan sentiasa curang dengan Farah walaupun sayang boleh ikut apa kehendak abang!”

“Bukan. Okay kalau sayang mampu berikan layanan yang sama atau lebih dari Farah, mungkin abang dah tak curang dengan dia lagi. Tapi…”

“Tapi apa!”

“Tapi tak perlu kot sampai nak putuskan hubungan abang dengan Farah. Abang kenal dia dari kecil lagi.”

“BULLSHIT!”

Farisya terus menampar muka Haris kerana terlalu geram dengan penjelasan suaminya. Namun akibat daripada tamparan itu, Haris terus hilang kawalan dan kereta mereka berpusing-pusing sehingga terbabas jatuh ke cerun bukit.

Setelah beberapa minit, kereta mereka telah berhenti dan melanggar sebuah batang pokok. Haris masih lagi bernafas dan mampu membuka mata. Tangisan anaknya di belakang membuatkan Haris berasa sedikit lega kerana anaknya masih selamat. Namun apabila Haris melihat di sebelahnya, dia mendapati muka isterinya sudah tertusuk dengan dahan pokok yang mereka langgar itu.

Haris tidak dapat menahan sedih kerana kehilangan isteri akibat kecuaiannya. Airmata Haris tidak henti mengalir dan dia cuba untuk membangunkan isterinya namun segala-galanya sudah terlambat. 

Haris memegang dan mencium tangan isterinya.

“Sayang… Abang minta maaf… Abang minta maaf…”

Haris dan anak lelakinya telah terkandas di cerun yang gelap itu dan berharap ada bantuan datang segera menyelamatkan mereka. Kerana tidak dapat mengawal kemarahan, nyawa menjadi taruhan. Ia menjadi satu pengajaran buat Haris yang begitu degil untuk mengubah perangainya yang curang terhadap isteri yang setia dan mencintainya.

TUJUH BULAN KEMUDIAN

Share It!
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply