Scene 01c

Haris tersentak bila rahsianya terbongkar. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Dia berasa bersalah namun dia sudah menjangka rahsia ini pasti terbongkar satu hari nanti. Haris masih tidak dapat lupakan Farah yang dia kenali sejak dari kecil. Haris terus termenung dan pelbagai perkara bermain di fikirannya.

Sebelum Haris bertemu dengan Farisya, dia sudah beberapa kali menjalinkan hubungan cinta dengan Farah namun asyik berakhir dengan kegagalan. Tetapi hubungan mereka masih lagi akrab.

Malah Haris dengan Farah sering kali terlanjur dan bagi mereka hubungan itu sudah menjadi perkara satu kebiasaan. Haris sudah beberapa kali mengajak Farah untuk berkahwin namun Farah sering menolak. Farah dilihat sebagai seorang yang tidak sesuai menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Sejak Haris bertemu dengan Farisya, hidup dia mula berubah dan Farisya menggalas tugas seorang isteri dan ibu dengan penuh bertanggungjawab.

Cuma Haris tidak begitu puas dengan layanan batin yang diberikan oleh Farisya kerana isterinya berasal dari keluarga yang baik dan kuat pegangan agama. 

Setelah lama Haris termenung, Farisya cuba memecahkan kesunyian dengan membuka mulut.

Apa yang anda ingin Farisya kata?

Ceraikan saya!

Pukul Haris!

Mengaku salah sendiri.

Share It!
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply