Scene 01bb

Kerana tidak dapat menahan kemarahan, Farisya memukul-mukul bahu Haris dan meminta Haris untuk berhenti berhubung dengan Farah.

“Farisya nak abang putuskan terus hubungan abang dengan Farah!” 

“Eh janganlah pukul! Abang tengah drive ni.” Kata Haris sambil menahan pukulan dari isterinya.

“Kenapa abang susah sangat nak putus dengan Farah! Jangan sampai Farisya bunuh dia itu baru abang sedar sikit!”

“Astagfirullah.. Bawa mengucap sayang. Kenapa cakap macam tu.”

“Oh baru ingat Tuhan. Masa terlanjur tu tak ingat Tuhan! Tak ingat isteri dengan anak kat rumah ni!” 

Farisya terus memukul bahu Haris dan akibat daripada itu, pemanduan Haris terus hilang dari kawalan sehingga menyebabkan kereta mereka terbabas dan berpusing-pusing ke bawah cerun bukit.

Setelah beberapa minit, kereta mereka telah berhenti dan melanggar sebuah batang pokok. Haris masih lagi bernafas dan mampu membuka mata. Tangisan anaknya di belakang membuatkan Haris berasa sedikit lega kerana anaknya masih selamat. Namun apabila Haris melihat di sebelahnya, dia mendapati muka isterinya sudah tertusuk dengan dahan pokok yang dilanggar itu.

Haris tidak dapat menahan sedih kerana kehilangan isteri akibat kecuaiannya. Airmata Haris tidak henti mengalir dan dia cuba untuk membangunkan isterinya namun segala-galanya sudah terlambat. 

Haris memegang dan mencium tangan isterinya.

“Sayang… Abang minta maaf… Abang minta maaf…”

Haris dan anak lelakinya telah terkandas di cerun yang gelap itu dan berharap ada bantuan dengan datang segera untuk menyelamatkan mereka. Kerana tidak dapat mengawal kemarahan, nyawa menjadi taruhan. Ia menjadi satu pengajaran buat Haris yang begitu degil untuk mengubah perangainya yang curang terhadap isteri yang setia dan mencintainya.

TUJUH BULAN KEMUDIAN

Share It!
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply