Scene 01b

Haris agak terkejut bila tahu Farisya membaca mesej perbualannya dengan Farah. Namun dia sebenarnya sudah boleh jangka rahsia dia akan bocor suatu hari nanti. Jadi ini mungkin adalah masa yang sesuai dia untuk berterus terang.

“Ya abang masih cintakan Farah. Abang dah banyak kali cuba untuk lupakan dia namun abang gagal.” Kata Haris dengan nada penyesalan.

“Habis kenapa abang masih nak kahwin dengan sayang!” tegas Farisya.

“Sebab abang juga cintakan sayang. Sayang banyak beri kebahagian kepada abang, sayang ambil berat dan jaga abang, tapi…” 

“Tapi? Tapi apa! Terus terang jela!” Marah Farisya.

“Tapi sayang tak mampu berikan kepuasan batin abang…”

“Hah! Abang ingat sayang ni pelacur ke! Abang ingat kahwin ni semata-mata nak puaskan nafsu batin ke!” 

“Sayang, abang penat kerja cari nafkah untuk kita keluarga. Tapi sayang masih tak pandai beri nafkah batin pada abang. Sayang sikit-sikit geli. Kalau sayang tak mampu, Farah mampu….”

Apa yang anda ingin Farisya balas?

Ceraikan saya!

Pukul Haris!

Mengaku salah sendiri.

Share It!
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply