Scene 01aa

Farisya berasa sangat sedih dan kecewa dengan sikap suaminya yang masih tidak mahu berubah. Ini bukan kali pertama rahsia dia dengan Farah terbongkar dan Farisya sudah berkali-kali memberi peluang kepada suaminya untuk bertaubat. Kini kesabaran Farisya sudah sampai kemuncaknya.

“Abang ceraikan saya sekarang! Saya dah tak tahan lagi dengan perangai abang!” jerit Farisya dengan titisan air mata.

“Jangan mengarutlah. Sayang pun dah tahu dari dulu lagi abang asyik terlanjur dengan Farah. Tapi masih lagi nak kahwin dengan abang. Kenapa? Sebab abang berhartakan?” balas Haris.

“Farisya kahwin dengan abang sebab nak abang berubah. Farisya nak abang buang perangai buruk abang dengan Farah tu.”

“Kau siapa nak judge perangai orang tu buruk ke tidak. Jangan ingat family kau kuat agama boleh nak judge orang sesuka hati!”

“Okay kalau abang rasa begitu ceraikan saja Farisya ni. Tak perlulah Farisya nak fikir pasal korang berdua lagi. Biar Farisya sahaja yang jaga anak kita. Abang pergilah berfoya-foya dengan betina tu sepuas-puasnya.”

Kerana tidak dapat menahan marah, Haris terus mencekik leher isterinya dengan sebelah tangan ketika dia masih memandu dengan laju.

“Boleh tak kau jangan nak kurang ajar! Beratus ribu duit abang habis nak buat majlis kahwin kau yang grand tu! Makan minum tempat tinggal semua aku yang tanggung! Nak duit aku bagi tapi bila atas katil kau lembab!”

Farisya cuba untuk bercakap namun suaminya mencekik lehernya begitu kuat. Dia memukul tangan suaminya namun kudratnya tidak mampu melepaskan cengkaman di lehernya.

“Kalau kau nak bercerai sangat, bayar balik semua duit yang aku habiskan untuk kau! KAU BOLEH BAYAR TAK!” jerit Haris.

Tanpa disedari, pertelingkahan antara mereka berdua telah membawa malapetaka. Haris telah hilang tumpuan ketika memandu laju di selekoh tajam. Kereta mereka telah terbabas sehingga berpusing-pusing ke bawah cerun bukit itu. 

Setelah beberapa minit, kereta mereka telah berhenti dan melanggar sebuah batang pokok. Haris masih lagi bernafas dan mampu membuka mata. Tangisan anaknya di tempat duduk belakang membuatkan Haris berasa sedikit lega kerana anaknya masih selamat. Namun apabila Haris melihat di sebelahnya, dia mendapati muka isterinya sudah tertusuk dengan dahan pokok yang dilanggar itu.

Haris tidak dapat menahan sedih kerana kehilangan isteri akibat kecuaiannya. Airmata Haris tidak henti mengalir dan dia cuba untuk membangunkan isterinya namun segala-galanya sudah terlambat. 

Haris memegang dan mencium tangan isterinya.

“Sayang… Abang minta maaf… Abang minta maaf…”

Haris dan anak lelakinya telah terkandas di cerun yang gelap itu dan berharap ada bantuan datang dengan segera untuk menyelamatkan mereka. Kerana tidak dapat mengawal kemarahan, nyawa yang tidak bersalah telah menjadi korban. Ianya menjadi satu pengajaran buat Haris yang begitu degil untuk mengubah perangainya yang curang terhadap isteri yang setia dan mencintainya.

TUJUH BULAN KEMUDIAN

Share It!
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply