Scene 01

Sebuah kereta Proton Perdana meluncur laju dikala hujan lebat di waktu malam yang berkabus. Jalan berbukit yang dilaluinya agak merbahaya namun Haris seperti sudah biasa melalui jalan itu. 

“Abang, perlahanlah sikit memandu tu, risau saya. Anak kita ada kat belakang ni. Janganlah bahayakan nyawa kita.”

Kata Farisya, isteri kepada Haris yang duduk di sebelah Haris. Sambil itu Farisya melihat anak lelakinya masih lagi tidur di tempat duduk belakang. Anaknya telah diletakkan di dalam kerusi bayi bagi menjaga keselamatannya.

“Esok abang ada meeting penting ni. Kalau lambat naya abang nanti.” Kata Haris sambil menekan minyak dengan kuat.

“Meeting pentinglah sangat. Padahal…” balas Farisya sambil mencebik bibirnya.

“Ish tak habis lagi ke cemburu awak ni. Penatlah saya nak layan. Hari-hari nak cemburu tak bertempat kenapa!” Nada Haris mula meninggi.

“Oh jadi salah sayalah sebab cemburu buta? Isteri mana yang tak cemburu kalau suaminya masih ada contact dengan bekas kekasih dia lagi!”

“Ya Allah. Abang berkawan dengan Farah sejak dari kecil lagi. Sayang tak ada hak untuk putuskan hubungan kami sebab cemburu buta sayang tu.”

“Sudahlah abang. Sayang dah baca semua mesej WhatsApp abang dengan Farah. Sanggup abang buat hubungan sulit lagi dengan Farah. Anak kita baru tiga bulan lahir tau! Kenapa abang buat sayang macam ni!” ASirmata Farisya mula mengalir di pipi.

Apa yang anda mahu Haris cakap?

Kenapa sayang baca mesej abang!

Ya abang masih tidak dapat lupakan Farah.

Diam seribu bahasa

Share It!
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply