Safiyyah – Su Suraya

Kiriman pembaca daripada Su Suraya

Jam menunjukkan pada pukul 10.00 malam. Tugasan Khairul masih belum siap. Air milo di cawannya juga sudah menjadi sejuk kerana penghawa dingin di pejabatnya yang agak kuat.

“Sejuk pula rasa malam ini, air-cond ini sudah aku turunkan suhunya tapi macam nak tercabut tulang dek sejuknya. Ah malas pula nak bangun perlahankan” getus hati Khairul

Khairul kembali focus pada LCD komputernya. Tugasan yang diamanahkan oleh Encik Baderul hendak tak hendak wajib disiapkan. jikalau tidak disiapkan dalam minggu ini, maki hamun Encik Baderul akan menjadi halwa telinganya. Silap-silap boleh turun pangkat pula dia kerana ini merupakan projek besar yang telah diamanahkan oleh Encik Baderul kepadanya.

~.Tap.tap.tap.tap. ~

Bunyi Khairul menaip yang tercetus dari komputernya memecah kesunyian malam.

…………………………………………………………

Khairul bergegas mengemas barang-barangnya. Jam didinding menunjukkan pada pukul 1.30 pagi. Sudah beberapa minggu Khairul pulang lewat ke rumah. Nasib baik Suhaili isterinya memahami tugasannya sebagai Pegawai Kewangan Kanan Utama di syarikat milik bosnya itu. Tugasan menyediakan bajet bagi sesuatu projek adalah tugasan hakikinya.

Walaupun mempunyai beberapa orang pekerja namun Khairul haruslah membuat perancangan yang teliti bagi memastikan belanjawan memenuhi keperluan projek.

Bergegas Khairul menuruni tangga ke bahagian basement bangunan itu. Suasana malam itu dirasakan lain sama sekali. Namun sesuatu yang tidak diduga berlaku. Enjin keretanya tidak mahu hidup pula.

“Kenapa pula tak boleh start ni, kereta ni baru je 2 bulan aku beli” getus hatinya.

Tetapi Khairul tidak boleh merungut lebih-lebih. Kereta yang baru dibelinya itupun adalah kereta second hand. Memang pasti akan timbul masalah lain kemudian hari nanti. Setelah memulas beberapa kali barulah enjin keretanya berjaya dihidupkan. Riak wajah lega terpancar di wajahnya. Baru sahaja dia memandu untuk keluar daripada basement itu, tiba-tiba mata Khairul tertancap terhadap seorang perempuan yang duduk di tepi dinding level 3 berdekatan dengan tangga kecemasan di situ. Pakaiannya serba hijau muda, berambut panjang paras pinggang dan hanya tunduk.

Khairul kaget. Dia memandu seperti biasa melepasi perempuan itu. Baru sahaja dia melepasi basement level 3, sekali lagi dia ternampak perempuan yang sama berdiri di bahagian tangga kecemasan untuk level 2 itu. Khairul bertambah takut. Kali ini perempuan itu perlahan-lahan mendongakkan kepalanya menunjukkan mukanya kepada Khairul.
Mukanya cantik tetapi pucat. Seperti bidadari. Namun kelihatan jelas perempuan itu sedang menangis. Namun dia cepat-cepat Khairul mengalihkan pandangannya ke arah lain.

“Lindungi lah aku Ya Allah, aku yakin perempuan tu confirm hantu. Mana ada orang nak stay lagi malam-malam buta ni. hish” doa Khairul.

Khairul memecut laju mahu keluar dari bangunan itu. Baru sahaja dia mahu melepasi bangunan tersebut, malang terus memburunya apabila grill basement tersebut tertutup rapat. Keretanya brek mengejut. hampir sahaja dia melanggar grill tersebut. Dia sudah memesan kepada Lil, pengawal keselamatan disitu yang dia akan bekerja lebih masa pada hari ini. Mungkin dia lupa.

“Tolongla, kenapa time-time ni pula kau lupa nak buka grill ini Lil. Adoila”

Khairul tiada pilihan lain melainkan pergi ke tangga kecemasan berdekat untuk naik ke lobi. Hatinya gusar. Dia risau perempuan itu berada di situ lagu. Telahannya tepat. Perempuan tersebut ada berdiri berdekatan dengan tangga kecemasan di situ. Khairul tiada pilihan melainkan terpaksa melalui perempuan tersebut. Bacaan surah-surah lazim yang di hafalnya terkumat-kamit di mulutnya. Bau busuk menusuk hidungnya.

“huuuhuuuuhuuuuuuu” perempuan itu meratap kepada khairul

Khairul berusaha untuk tidak mengendahkan esakan perempuan tersebut. Dia berlari ke lobi untuk mencari Lil, pengawal keselamatan berbangsa Nepal yang bertugas pada malam itu. Lil tiada disitu. Melilau pandangan mata Khairul mencari pengawal keselamatan. Nasibnya agak baik kerana Lil ada bahagian kaunter utama bangunan tersebut.

“Lil, kan aku dah pesan buka grill tu. aku balik lewat hari ni tak pasal-pasal dah sangkut dekat basement tu ha” marah Khairul.

“Saya tidak tutup itu grill Encik. Saya tahu encik balik lewat. Saya sendiri ingat saya tak tutup itu grill” kata Lil pelat melayunya.

“Tak kisahlah. Kejap, kau teman aku pergi dekat kereta boleh? Malam-malam ni macam-macam boleh jadi. Teman aku sampai kereta”

Mereka berdua beriringi berjalan ke kereta Khairul. Khairul risau jika dia nampak perempuan berbaju hijau tu lagi. sesampainya di kereta, Khairul mengucapkan terima kasih dan bergegas keluar dari bangunan tersebut. Ketika dia melewati pintu pagar besar pejabatnya itu, perempuan berbaju hijau itu berdiri tegak di tepi pintu tersebut. Dia masih menangis.

Setibanya Khairul di rumah, isterinya suhaili sudah pun nyenyak tidur. Seusai dia mandi, Khairul terus merebahkan badannya di katil. Namun bayangan perempuan tersebut bergentayangan di matanya. Untuk memastikan tidurnya tidak terganggu, Khairul membaca ayat Kursi dan beberapa surah lazim bagi mengelakkan gangguan syaitan dan mimpi yang bukan-bukan.

………………………………………………………………………..

Sejak malam dia ternampak bayangan perempuan tersebut, hampir setiap malam dia mengalami kejadian yang sama. Walaupun Khairul pulang awal seawal jam 8 malam, ketika dia lalu sahaja di basementnya, pasti bayangan perempuan tersebut akan nampak jelas sambil menangis.

“Hakim, pejabat kita ni ada hantu ke?” tanya Khairul kepada rakan baiknya.

“Apa kau mengarut ni sengal? Mulut tu celupar betul” marah Hakim.

Khairul menceritakan perkara yang sebenar kepada Hakim. Hakim agak terkejut kerana walaupun dia sendiri sudah lama bekerja di situ, belum pernah lagi dia mengalami perkara yang dialami oleh Khairul. berita tersebut tersebar dengan pantas di pejabat itu.
Desus desas ada mengatakan itu adalah Safiyyah, tukang cuci yang hilang pada bulan lepas berdasarkan cerita Khairul tentang penampakan wanita berkenaan dan warna bajunya.

Tiga bulan yang lalu, pejabat tersebut menerima seorang tukang cuci tandas yang baharu bernama Safiyyah. Gadis berkenaan baru sahaja tiba dari kampung untuk mencari kerja bagi menyara keluarganya yang susah. Baru sahaja berumur 21 tahun dan Safiyyah seorang gadis yang sangat cantik. Walaubagaimanapun baru sahaja tiga bulan bekerja, Safiyyah telah hilang tanpa berita. Syarikat Wangi Indah yang menjadi vendor kepada syarikat tempat Khairul bekerja sendiri tidak dapat mengesannya.

Dalam pada itu, terdapat seseorang yang kurang senang dengan berita berkenaan. Dari pintu kaca pejabatnya, dia terus menerus merenung Khairul yang sedang khusyuk menyiapkan kerjanya. Mungkin sedang merancang sesuatu. Tiada siapa yang tahu.
Sudah hampir seminggu Khairul mengalami perkara yang sama. Apa yang pelik rakan-rakannya sekerjanya tidak pernah berjumpa dengan perempuan berkenaan.

Khairul yakin ada sesuatu yang tersembunyi mengapa dia sahaja yang nampak perempuan itu. Malam itu, Khairul sekali lagi pulang lewat. Namun beliau telah berusaha untuk menguatkan hati dan semangatnya. Entah kenapa malam itu, beliau mahu menyelesaikan perkara berkenaan. Tak tahan jiwa raga dia kalau hari-hari terlihat perkara yang sama.

Pukul 12.00 tengah malam, Khairul bersedia menunggu di dalam kereta mengadap ke tangga kecemasan bangunan itu. Kali ini dia sendiri ingin berhadapan dengan perempuan berkenaan. Setelah menunggu hampir 10 minit, bayangan perempuan berkenaan tiba-tiba muncul di tangga tersebut. Dia hanya berdiri tegak dengan rambut menutup mukanya.

Khairul menggigil, bacaan ayat-ayat lazim diulang-ulang di mulutnya. Khairul nampak kaki perempuan yang terapung itu terikat satu batu yang besar. Badannya basah lencun dan air menitik-nitik ke lantai. Kali ini dia tidak menangis. Seolah-olah tahu Khairul juga sedang menantinya. Bayangan berkenaan perlahan-lahan mendongakkan kepalanya dan menunjukkan mukanya ke arah Khairul. Dia tidak menangis dan tidak juga tersenyum. Hanya satu pandangan yang polos ke arah Khairul.

Gambar safiyyah yang tertera di telefon bimbitnya di bandingkan dengan perempuan berkenaan. Gambar tersebut di ambilnya dari hakim. Hakim kalau bab perempuan cantik, memang di simpan gambarnya. Mana tahu itu jodoh dia. Sengal hakim.
Sah! Perempuan itu adalah safiyyah. Khairul bingkas keluar dari kereta mahu mengekori perempuan berkenaan. Namun bayangan tersebut sudah hilang.

Ketika tiba di tangga kecemasan, hanya titik-titik air yang ada di lantai itu. Khairul tiba-tiba ternampak bayangan Safiyyah di pintu masuk ke pejabat itu. Bergegas Khairul berlari mengejarnya. Setiap tangga kecemasan dilangkahi Khairul. Setibanya di tingkat 10, bayangan tersebut terhenti dan masuk ke tingkat berkenaan. Tingkat 10 merupakan tingkat tertinggi bangunan berkenaan.

“Dia nak tunjukkan aku sesuatu ke?” bisik Khairul.
Bayangan safiyyah terapung sehingga ke depan tangki dan akhirnya lenyap.

“Apahal ni?” getus Khairul

Pintu masuk tingkat 10 ditolak perlahan. Khairul menggunakan cahaya lampu dari telefonnya dan melilau matanya melihat tangki berkenaan. Entah mengapa dia rasa menyesal pula kali ini. Tak tahu apa yang difikirnya hendak mengekori bayangan perempuan berkenaan. Tangki berkenaan terlalu tinggi untuk Khairul tinjau. Pada hematnya, dia ingin memberitahu perkara berkenaan kepada penyelia bangunan untuk membuat tinjauan. Dia yakin ada sesuatu yang roh berkenaan mahu tunjukkan kepada Khairul.
Baru sahaja Khairul berpusing untuk berpatah balik keretanya, satu terjahan keras hinggap di kepalanya. Alirah darah panas terasa mengalir di kepalanya. Pandangannya berpinar dan akhirnya kelam. Khairul pengsan setelah beberapa ketika.

……………………………………………………………….

Untuk beberapa waktu Khairul terjaga. Tangannya dan kakinya berikat. Mulutnya di tutup selofan tap. Dia masih berada di tingkat 10 bangunan berkenaan.

“Ya Allah, apahal ni?”

Khairul bergelut dengan dirinya untuk melepaskan diri dari ikatan berkenaan. Namun usahanya sia-sia. Ikatan berkenaan terlalu kemas. Dia masih tidak mengerti tentang perkara yang terjadi pada dirinya. Setengah jam kemudian, satu sosok tubuh datang kepada Khairul. Sosok berkenaan amat dikenalinya.

“Datuk Baderul?” jerit hatinya

Datuk Baderul datang kepada Khairul sambil tersenyum. Kerusi plastik yang ada disudut bangunan berkenaan di ambil dan diduduk olehnya. Khairul mendengus, sakit hatinya melihat majikan yang dihormatinya selama ini.

“Aku taw, kau keliru dengan semua ini kan. Tak apalah, aku boleh terangkan satu persatu. Supaya kau faham apa yang terjadi, sebab aku rasa nyawa kau pun dah tak lama. Rahsia aku akan berkubur dengan kau. Kau dah kenal safiyyah kan? Walaupun kau tak pernah jumpa dia, tapi aku tak faham kenapa kau yang nampak hantu dia. Menyusahkan aku betul. Safiyyah telah kubunuh sebulan lepas. Aku cuba untuk menjadikannya perempuan simpanan tapi ditolaknya mentah-mentah.”

“Sebagai balasan, aku pengsankan Safiyyah ketika dia sedang menyimpan peralatan nya di stor. Malam tu dia menjadi mangsa aku dan mayatnya ku humbankan ke dalam tangki berbungkus plastik sampah hitam. Kaki dia aku letakkan pemberat untuk mengelakkan dia terapung. Aku taw lambat laun orang akan berjumpa dengan mayat dia juga. Tapi aku tak sangka secepat ni. Kau budak baru sepatutnya abaikan. Kalau tak nasib kau takkan berakhir begini. Tapi nak tak nak kau terpaksa aku bunuh. Sebelum itu, kau ada apa-apa permintaan terakhir ke?” tanya datuk sambil senyum sinis.

Di tangan Datuk Baderul tergenggam beberapa plastik sampah hitam dan parang tajam. Dia sudah merancang mahu membunuh Khairul dan badannya di kerat-kerat untuk di bungkus ke dalam plastic hitam berkenaan dan di buang ke dalam tangki itu. Biar Khairul pula yang menemani mayat Safiyyah selepas ini. Datuk Baderul membuka selofan tape di mulut Khairul. Khairul mendengus kuat. Baru lega untuk dia bernafas. Sesak mulutnya ditutup begitu.

“Haahahahahahahhaaha. Datuk ingat saya bodoh macam datuk? “ jerit Khairul.

Datuk Baderul terkejut dengan ungkapan Khairul.

“Datuk, sebelum saya sesuka hati nak menyiasat hantu berkenaan. Saya siasat dahulu latar belakang Safiyyah. Saya tahu dia perempuan cantik. Saya tahu ramai minat dia. Bila dia tiba-tiba hilang saya boleh agak ada sesuatu dah jadi dekat Safiyyah. Saya sendiri tak pasti kenapa dia mesti pilih saya untuk menolong dia lepas menjadi mangsa kerakusan datuk. Saya tak bodoh macam dalam drama tv nak datang sini sorang-sorang datuk.”

“Saya dah pesan dekat Lil budak guard bawah tu dengan Hakim. Kalau saya tak balik rumah selepas pukul 2 pagi, saya dah suruh mereka laporkan dekat polis dan rakaman cctv tentang segala pergerakan datuk juga di rakam. Lil dah tunjukkan dekat saya. Datuk rasuah dia suruh buang kan? Dia tak buang pun. Cuma disorok video tu. Ingat saya tak tahu ke datuk mengganggu staff-staff pejabat masa dalam lif, benda tu pun dah membuatkan saya jadi syak wasangka dengan datuk cuma takde bukti je. hahahahahhaahahahhaah” Gelak Khairul.

“Sial kau!”

Baru sahaja Datuk Baderul ingin memukul Khairul kembali, tiba-tiba satu bayangan perempuan berbaju hijau muncul di depannya.
Dengan muka bengis roh safiyya merenung datuk Baderul. Dia kaget kerana berhadapan sendiri dengan roh gadis berkenaan. Roh yang terapung dan mempunyai batu di kakinya. Muka Roh berkenaan mengukir senyuman yang amat menakutkan.

“Pergi kau, jangan kacau aku! Pergi. Jangan ganggu aku!“ jerit Datuk Baderul.

Roh safiyya berterbangan ke arah datuk Baderul. Datuk Baderul ketakutan. Dia mundur ke belakang tatkala roh berkenaan makin dekat kepadanya. Datuk Baderul melangkah ke belakang dan semakin dekat dengan tepi bangunan berkenaan. Dengan tangan yang masih berikat, Khairul menyaksikan peristiwa berkenaan. Datuk Baderul tergelincir jatuh ke bawah bangunan berkenaan. Sekelip mata nyawanya diragut. Kepalanya pecah, tangan dan kakinya putus. Dia mati serta merta di tempat kejadian.

Khairul hanya mampu tercengang menyaksikan kejadian yang berlaku di depan matanya. Dia masih tidak percaya kejadian yang berlaku di depan matanya. Setengah jam kemudian polis tiba. Khairul dibawa bersama ke balai polis bagi membantu siasatan. Cebisan mayat Datuk Baderul di kutip dan di bawa ke hospital untuk di bedah siasat.

………………………………………….

Dua hari kemudian, Khairul dibebaskan setelah didapati tidak bersalah. Rakaman cctv dari tingkat 10 bangunan berkenaan menunjukkan Datuk Baderul memukul kepala Khairul dan mengikatnya di situ. Modus operandi datuk Baderul adalah mahu membunuh Khairul seperti dia membunuh Safiyyah. Mayat Safiyyah juga sudah dikeluarkan daripada tangki berkenaan untuk di bedah siasat. Terungkailah misteri kehilangannya selama ini. Suspek juga telah ditangkap namun dalam keadaan telah menjadi mayat.

Kematian Datuk Baderul diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Melalui rakaman cctv, Datuk Baderul dilihat mengundur kebelakang dan terjatuh ke bawah bangunan. Tergelicik kerana licin.

“Tapi aku pelik laa Helmi. Kalau kau tengok rakaman cctv tu. Sebelum suspek jatuh, dia macam tengah bercakap dengan seseorang. Lepas tu muka suspek macam takut dan terkejut sebelum jatuh bangunan. Macam kena marah dek seseorang” ujar Inspektor Ashraf.

“Aku pun perasan, tapi kita tak boleh nak sabitkan Khairul. kau tengok sendiri dia berikat dan tak bercakap apa pun dekat kerusi tu. Yang bercakap adalah suspek dengan seseorang yang kita tak nampak. Allah lagi mengetahui” terang Inspektor Helmi.

Khairul dibebaskan tanpa sebarang ikat jamin. Dia hanya tersenyum. Dia tak sanggup dah nak kerja dekat syarikat lamanya itu. Nanti hantu Datuk Baderul pula yang dia jumpa nanti nak membalas dendam. Barang-barangnya dikemaskan. Dia tekad hendak mencari kerja lain dan memulakan nafas baru tanpa ada gangguan.

Ketika kereta Khairul meluncur laju keluar dari basement, pandangannya tertancap sekali lagi pada bayangan perempuan berbaju hijau di tangga kecemasan. Roh safiyyah merenung Khairul. kali ini dengan senyuman. Seolah-olah mengucapkan terima kasih kerana Khairul berani mengikutnya sehingga ke tingkat 10 untuk menyelesaikan misteri itu. Lima saat kemudian, bayangan safiyyah hilang dan lenyap.

“Dah la, aku tak nak jumpa hantu lagi. kau bersemadi lah dengan aman Safiyyah. Al – Fatihah” Khairul meluncur laju keluar dari bangunan itu untuk selama-lamanya.

Ditulis oleh: Su Suraya

#seram #kirimanpembaca #penselstudio

Share It!
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply