Red Room Adalah Satu Scam?

Mesti anda pernah dengar tentang Deep Web dan Dark Web. Ia dikatakan merupakan satu sisi gelap di internet di mana ia memberi access kepada pengguna untuk mendapatkan barang atau data yang haram seperti penjualan dadah, senjata, video penyeksaan, pembunuhan dan kandungan lucah yang keterlaluan. Hanya orang yang ‘sick mental’ sahaja yang sanggup pergi mengali ke dalam Deep Web dan Dark Web ini.

Salah satu laman web yang sering menjadi perbualan orang tentang Deep Web ini ialah Red Room. Laman web ini memaparkan siaran langsung tentang eksperimen, penderaan dan pembunuhan manusia serta binatang. Ia juga menjual klip video siaran langsung itu kepada penonton yang telah membayar untuk memasuki Red Room ini. 

Dikatakan untuk memasuki Red Room ini, pengguna haruslah mengguna browser Tor yang membuatkan pelawat menjadi anonymous. 

Berbalik kepada Red Room, setelah pengguna berjaya memasuki laman web ini, mereka akan diberi beberapa pilihan samada untuk menjadi Spectator, Commander atau Master. Mereka diberi tempoh tertentu untuk membuat pembayaran sebelum sesi Red Room bermula. Pembayaran dibuat melalui matawang digital iaitu Bitcoin dengan harga serendah 0.05 BTC. 

Ketika sesi Red Room bermula, penonton akan disajikan secara langsung sesi penderaan manusia dan penonton juga boleh memberikan arahan melalui chat box untuk menentukan jenis penderaan yang mereka kehendaki.

Namun hampir 90% website yang dikatakan Red Room adalah palsu atau scam. Mereka menggunakan kisah Red Room ini untuk menipu dan mengaut keuntungan. 

Malah siaran langsung Red Room ini tidak boleh disiar melalui TOR kerana network browser ini tidak mampu membuat penyiarkan secara langsung kepada jumlah penonton yang besar serta tidak mampu menyediakan HD video.

Di dalam gambar screenshot di bawah ini dikatakan sebagai palsu yang sering dijumpai melalui browser Tor. 

Screenshot laman web ‘Red Room’ yang di ambil melalui Tor Browser

Mereka yang mudah terpedaya akan membuat pembayaran dan dikatakan akan di ‘stream’ ke Marianas Web, sebuah urban legend yang popular tentang sisi gelap internet.

Melalui urban legend tersebut, Marianas Web merupakan tempat yang paling dalam dan berbahaya dalam internet berbanding dengan Deep Web dan Dark Web. Sekuriti di Marianas Web ini begitu tinggi dan sangat sukar untuk memasukinya. Pengguna memerlukan alamat website dan kata kunci tertentu untuk menyelami Marianas Web ini.

Namun kebanyakan mereka yang terpedaya akan tertipu dengan laman web ini dan telah menjadi mangsa scam Bitcoin. 

Kesimpulannya, laman-laman web Red Room yang dijumpai di Tor Browser kebanyakannya  adalah scam. Tetapi ia tidak bermakna Red Room itu tidak wujud. Dikatakan Red Room yang asli sangat exclusive dan penuh dengan rahsia sehingga tidak dapat dijejaki bukti kewujudannya.

What The Fact!

Penulis: Syahir

Share It!
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply