Pondok Telefon

Wahida dan Yana mempunyai minat dengan paranormal. Apabila mereka berjumpa, mereka selalu berkongsi kisah-kisah seram. Pada suatu hari, Wahida terjumpa satu website yang mengandungi pelbagai kisah seram. Dia terbaca satu kisah jambatan gantung yang berdekatan dengan rumahnya.

Website itu banyak memaparkan gambar-gambar tempat yang berhantu. Wahida yakin Yana pasti menyukainya. Pada keesokan hari, Wahida memberitahu kepada Yana yang terdapat satu jambatan gantung berhantu di sekitar perumahan mereka. Jambatan itu banyak berlaku kes bunuh diri. Setiap tahun pasti ada lebih kurang 20 hingga 30 mayat ditemui di bawah jambatan itu.

Yana teruja dengan kisah itu. Pada malam itu, Yana bercadang untuk mengunjungi jambatan gantung itu. Dia begitu teruja untuk berjumpa hantu. Dia mengambil masa sejam untuk sampai ke jambatan gantung itu.

Semasa Yana sampai, tiada siapa berada di situ. Kawasannya sungguh gelap dan sunyi. Ia membuatkan bulu roma Yana menegak.

“Wah. Seram sungguh tempat ini.” kata Yana dalam hati

Yana berjalan kaki ke tepi gaung dan menjengguk ke bawah jambatan itu. Dia mula terbayang tentang orang-orang yang terjun ke bawah jambatan itu. Gaung itu sungguh tinggi dan sangat gelap pabila waktu malam. Apakah perasaan mereka ketika di ambang kematian.

Yana mula terpesona bila dapat merasai suasana seram itu. Yana ambil handphonenya untuk memberitahu Wahida yang dia berada di jambatan itu. Namun malang handphonenya tidak mempunyai signal kerana Yana berada di atas bukit.

Yana cuba berjalan untuk mendapatkan signal. Tiba-tiba dia ternampak ada sebuah pondok telefon berdekatan jambatan itu. Yana masuk ke dalam dan masukkan duit syiling sambil mendial nombor Wahida.

“Hello Wahida. Cuba teka Yana kat mana?

“You kat mana?” tanya Wahida

” I dekat jambatan gantung yang you cakap tu. Giler seram kat sini. You cuba la datang nanti.”

“Bestnya. Pergi tak ajak.”

“You kan ada tuisyen malam ni”

“Eh jab, nombor mana you call i ni?” tanya Wahida

“Haha nombor i tak dapat signal kat sini. So i call you pakai pondok telefon.”

Wahida hairan. “Pondok telefon? Mana ada pondok telefon kat atas tu. I tak pernah nampak kat dalam gambar pun.”

“You cakap apa ni? I sedang call you kat pondok telefon betul-betul depan pintu masuk jambatan ni. Eh kejab, I terpaksa pergi… Ada orang beratur kat luar nak guna telefon ni. Nanti i call you balik ye.” kata Yana.

“Jangan Yana!” jerit Wahida.

“Hah? Kenapa?”

“Jangan keluar dari pondok tu! I tahu tempat tu! Tunggu i sampai sana dalam 30 minit. Jangan gerak apa-apa!” tegas Wahida.

“Kenapa apa yang berlaku?”

“Just promise me you jangan pergi mana-mana. Jangan bergerak walau seinci pun. OK! jangan letak telefon tu. Tunggu i datang!”

Wahida terus letakkan telefon. Yana mula rasa seram sejuk. Dia berdiri di dalam pondok dan masih memegang telefon itu ke telinga dia. Dia toleh ke luar dan melihat orang-orang yang beratur di depannya. Mereka merenung Yana dengan pandangan yang aneh. Yana cuba untuk memberi isyarat tunggu kepada mereka. Namun mereka tidak memberi sebarang respon.

Setelah 30 minit berlalu. Wahida sampai ke jambatan gantung itu. Dia melihat Yana sedang berdiri betul-betul di pinggir gaung sambil memegang handphonenya di telinga. Wahida terus berlari dan menyelamatkan Yana dari terjatuh.

Tiada pondok telefon kelihatan di situ dan tiada orang yang sedang beratur. Jika Yana bergerak walau seinci, dia mungkin akan jatuh ke dalam gaung yang tinggi. Orang-orang yang Yana lihat itu mungkin roh-roh mereka yang mati bunuh diri dan mahu Yana menimpa nasib yang sama seperti mereka.

Yana terus demam seminggu dan dia fobia untuk mengunakan pondok telefon lagi.

Share It!
  • 221
  •  
  •  
  •  

One Reply to “Pondok Telefon”

  1. I see you don’t monetize penselstudio.com, don’t waste your traffic, you
    can earn extra bucks every month with new monetization method.
    This is the best adsense alternative for any type of website (they approve all websites), for more info
    simply search in gooogle: murgrabia’s tools

Leave a Reply