Polybius – Video Game Yang Membunuh?

Selalunya jika budak-budak lelaki melepak di pasaraya, pasti pusat hiburan keluarga atau ‘arcade’ menjadi tumpuan mereka. Mereka akan meluangkan masa dan duit untuk bermain permainan video klasik seperti Daytona, Street Fighter, House of The dead, joget-joget dan sebagainya.

Tapi tahukah anda, pada tahun 1981, terdapat satu permainan video game yang pernah menjadi satu kontroversi dimana permainan itu mampu memberi kesan buruk kepada pemainnya. Permainan itu diberi nama Polybius dan ianya muncul di sebuah pusat hiburan di beberapa pinggir bandar Oregon, Portland.

Polybius merupakan satu urban legend dan permainan ini dicipta oleh satu syarikat misteri yang dipanggil Sinneslöschen (sense deletion). Ia merupakan satu permainan jenis ‘puzzle/shoot-em-up’ dan dikatakan membawa ketagihan kepada pemain sehingga dilaporkan ia memberi kesan ilusi seperti mendengar suara wanita menjerit dan berasa seperti diekori oleh lembaga misteri.

Antara screen shot permainan Polybius

Pemain juga akan mengalami beberapa kesan buruk seperti mimpi ngeri, sakit kepala, sawan dan yang paling buruk sekali adalah membunuh diri. Dikatakan permainan ini merupakan satu uji kaji sulit kerajaan tentang kesan ketagihan pemain dan pernah dilaporkan mengenai kemunculan lelaki berkot hitam melawati pusat hiburan itu untuk mengambil data dari permainan Polybius ini.

Polybius pernah muncul di salah satu scene The Simpson.

Permainan ini mula ‘hilang’ selepas beberapa bulan dikeluarkan namun pada tahun 1998 ia muncul kembali untuk beberapa ketika sebelum ia ‘hilang’ semula. Hingga ke saat ini, tiada siapa yang menjumpai permainan ini (original ROM).

Polybius juga merupakan satu perkataan dari Greek yang membawa maksud ‘Banyak Nyawa.’ Agenda kewujudan permainan video ini masih kekal misteri.

Share It!
  • 168
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply