Pesanan

Sudah berjam saya terbaring di katil ini. Jam sudah menunjukkan 5.30 pagi dan tiada apa yang saya boleh buat. Ibu bapa saya hanya merenung saya tetapi saya tidak berani untuk melihat mereka. Saya hampir mahu menjerit tapi tidak mampu.

Mata mereka tepat merenung ke arah saya dan mulut mereka mengangga sepanjang masa. Badan saya berasa sangat kaku kerana terlalu takut. Saya tidak boleh biar dia tahu yang saya sudah terjaga dan tiada siapa yang mampu menyelamatkan saya. Saya cuba cari jalan untuk melarikan diri kerana jika saya tinggal di sini lagi, saya akan mati.

Dia sedang menunggu saya untuk bangun dan lihat apa yang akan berlaku…

Beberapa jam yang lalu, saya dikejutkan oleh suara jeritan yang sangat kuat dari ruang tamu. Saya cuba bangun dari katil dan mengintai dari pintu bilik saya untuk lihat apa yang telah berlaku.

 

Akhirnya saya ternampak kesan darah di atas karpet ruang tamu itu.

Kerana takut, saya terus naik ke atas katil semula dan menyembunyikan diri dengan selimut. Kemudian saya terdengar bunyi pintu bilik saya terbuka dan saya cuba mengintai untuk melihat siapa yang datang. Saya nampak dia sedang membawa dua bungkusan besar ke dalam bilik saya.

 

Saya tidak nampak dia dengan jelas kerana gelap namun saya pasti dia bukanlah manusia. Badannya sangat kurus dan membongkok seperti orang tua. Dia membuka dua bungkusan itu dan mengeluarkan dua mayat yang saya sangat kenal akan wajahnya. Ia adalah mayat kedua ibu bapa saya.

Dia menyandarkan mayat kedua ibu bapa saya ke dinding dan mengarahkan wajah mereka ke arah saya. Kemudian dia kelihatan cuba menulis sesuatu di dinding itu dengan darah ibu bapa saya.

Saya masih lagi berpura-pura tidur dan berharap dia tidak mengapa-apakan saya. Dengan keadaan bilik yang masih gelap, saya tidak mampu baca apa yang dia tulis di dinding itu.

Dia berdiri di sudut bilik saya berjam-jam lamanya, menunggu saya untuk terjaga. Cahaya mula memasuki bilik dan saya cuba untuk mengintai apa yang ditulis di dinding itu. Saya memang tidak mahu melihatnya tetapi kerana merasakan maut akan datang menjemput, saya mahu melihatnya sebelum saya mati.

Saya buka mata perlahan-lahan dan melihat mesej di dinding itu.

Mesej itu ditulis: “Saya tahu awak sudah berjaga.”

Share It!
  • 378
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply