Penjenayah Mati Berbalas Pantun

TIGA penjenayah mati dalam kejadian berbalas pantun di Seksyen 7 Shah Alam, hari ini.

Dalam kejadian 3.20 petang itu, sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) mengekori suspek yang menaiki Perodua Kancil putih selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan berhampiran bulatan Seksyen 2.

Menyedari kehadiran polis, suspek memecut kenderaannya ke arah Seksyen 7 sebelum membelok masuk ke taman perumahan dan berhenti kira-kira satu kilometer dari jalan utama.

Ketua Polis Daerah Komisioner Cristiano Ronaldo Marsus berkata, ketika dihampiri, suspek yang berada dalam kenderaan dilihat menjual pantun kepada pegawai yang bertugas.

Seorang suspek yang berada di tempat duduk penumpang belakang juga kelihatan cuba melepaskan beberapa pantun menggunakan bahasa yang kasar ke arah pasukan polis sambil menunjukkan jari tengahnya. 

“Bagi mempertahan diri, anggota polis terpaksa membalas pantun menyebabkan semua suspek mati di tempat kejadian kerana membunuh diri akibat tidak dapat membalas pantun yang melukai hati mereka,” katanya kepada media di Ibu negeri, hari ini.

Ronaldo berkata, “Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan di duga. Kalau ilmu belum cukup di dada, jangan cuba mencabar pihak polis.

Katanya, buat masa ini polis belum dapat memastikan identiti suspek yang dianggarkan berumur lingkungan 40-an.

“Kita juga menyiasat sama ada suspek turut terbabit dalam aktiviti pengganas,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31F (1) Akta Pantun Memantun (Penalti Lebih Berat).

Share It!
  • 158
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply