Pemandu Bas

Pada suatu hari, terdapat seorang pemandu bas sedang membawa 20 pesakit mental untuk dihantar ke rumah sakit jiwa. Semasa dalam perjalanan, dia berhenti sebentar untuk berehat dan menghilangkan dahaga di sebuah restoren.

Selepas dia selesai berehat, dia pulang semula ke bas dan tiba-tiba kesemua pesakit mental itu hilang dan melarikan diri. Pemandu bas itu mula risau dan untuk mengelakkan dia kehilangan kerja, dia telah memikirkan satu idea.

Pemandu bas itu memandu ke sebuah perhentian bas berdekatan yang mempunyai ramai penumpang. Dia mempelawa penumpang-penumpang itu masuk ke dalam basnya dan membawa mereka ke rumah sakit jiwa.

Pemandu bas itu memberitahu kepada pekerja rumah sakit jiwa itu bahawa ‘pesakit-pesakit’ ini bersikap ganas dan perlu ditahan segera. Setelah beberapa bulan ‘pesakit’ itu ditahan, mereka baru sedar atas kesilapan menahan ‘pesakit’ itu. Namun keadaan ‘pesakit-pesakit‘ telah menjadi teruk sehingga mereka betul-betul menjadi gila. Pesakit mental yang melarikankan diri itu masih tidak dapat ditemui.

Share It!
  • 207
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply