Patung Hitam

Di Jepun, terdapat seorang ibu tunggal yang tinggal bersama seorang anaknya yang baru lahir beberapa bulan. Dia tidak mampu bekerja dan tiada saudara mara dan kawan yang boleh membantu meringankan bebannya.

Pada suatu hari, dia keluar dari rumah untuk membeli sedikit barang dapur dan meninggalkan bayinya berseorangan di rumah. Namun ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah, dia ditimpa kemalangan jalan raya dan meninggal dunia ditempat kejadian.

Polis tidak dapat mengecam identitinya kerana dia tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri dan mereka juga tidak dapat mencari waris mangsa. Tiada siapa yang mahu menuntut mayat mangsa dan mayat dikebumikan tanpa tanda batu nisan.

Selepas dua bulan berlalu, tuan rumah menyedari yang dia masih belum menerima duit sewa dari rumah yang di sewa kepada ibu tunggal yang malang itu. Tuan rumah itu datang melawat rumahnya dan dia mendapati tiada siapa di dalam rumah. Tuan rumah itu terus masuk dengan menggunakan kunci pendua.

Ketika dia masuk ke dalam rumah tersebut, dia mendapati rumah itu dalam keadaan gelap. Dia berjalan dari ruang tamu dan ke bilik untuk menyiasat. Semua perabot berada dalam keadaan baik dan ketika dia masuk ke dalam satu bilik yang dipercayai bilik ibu tunggal itu, dia mendapati terdapat satu patung yang berwarna hampir hitam kesemuanya.

Tuan rumah berasa aneh dan tidak sedap hati melihat patung itu kerana wajah patung itu agak mengerikan. Dia terus mengendahkan patung itu dan terus siasat bilik tersebut untuk mencari maklumat dimanakah penyewanya menghilang diri.

Tuan rumah itu melihat terdapat satu meja mekap yang mempunyai cermin yang besar di sudut bilik itu. Dia terus pergi ke meja itu dan memeriksa laci meja tersebut sambil berharap terdapat wang disimpan di dalam itu.

Namun harapan tuan rumah itu hampa kerana tiada sebarang wang dan harta yang berharga. Ketika dia mahu pulang, dia terdengar suara halus seperti tangisan bayi. Dia cuba melihat patung itu kerana bersangka ia datang dari peti suara patung tersebut.

Namun apabila diteliti, suara itu didengar berdekatan dengan meja mekap tersebut. Apabila tuan rumah itu memeriksa meja itu, jantungnya bagai nak meletup apabila dia melihat pada cermin itu terdapat imej yang menunjukkan mayat ibu tunggal itu sedang mendukung mayat bayinya di atas katil tersebut.

Tuan rumah itu terus berlari keluar dari rumah itu dan meminta bantuan daripada polis. Selepas itu baru dia tahu yang penyewanya itu sudah lama meninggal dunia, dan patung yang dia lihat itu sebenarnya mayat bayi yang sudah lama mengeras. Mayat bayi itu ditanam bersebelahan dengan kubur ibu tunggal itu dan sejak itu rumahnya tidak disewakan lagi kerana sering diganggu dengan suara tanggisan bayi yang misteri.

Share It!
  • 550
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply