One Night Stand

Sam baru sahaja menghabiskan pengajian semester di sebuah universiti tempatan. Bagi menghabiskan masa yang terluang, dia pergi ke sebuah kelab malam untuk bersosial.

Ketika di kelab malam itu, dia ditegur oleh seorang gadis yang cantik dan seksi. Gadis itu kelihatan cuba menggoda dan Sam mula tertarik dengannya. Mereka berdua mula berborak dan minum minuman keras sehingga lewat malam.

Ketika Sam mahu beredar, gadis itu mempelawa Sam untuk membawanya ke hotel untuk melakukan aktiviti yang menyeronokan. Sam pada mulanya masih ingat Tuhan namun oleh kerana syaitan dah ‘slow talk’ dengan Sam, akhirnya Sam tewas dan membawa gadis itu ke hotel bajet yang berdekatan.

Apabila mereka berdua sudah ‘check in,’ gadis itu mula membuka bajunya sehingga dia berbogel di depan Sam. Dia terus mengoda dan membuka baju dan seluar Sam satu persatu sehingga mereka berdua berbogel di atas katil.

Dipendekkan cerita, mereka berdua terus melakukan aktiviti yang menyeronokkan sehingga Sam tidak sedar yang dirinya sudah diracun dengan dadah yang diletakkan di dalam mulut gadis itu. Dadah itu menyebabkan Sam terlalu mamai dan alpha dengan keseronokan duniawi sehingga dia tidak sedarkan diri.

Pada keesokan pagi, Sam mula terjaga dari tidurnya. Dia mendapati dirinya sedang berada di tab mandi yang penuh dengan ais dan masih di dalam keadaan berbogel. Kepalanya sangat pening dan badannya sangat lemah untuk bangun. Apabila dia cuba bangun, dia berasa badannya sangat sakit.

Tiba-tiba dia melihat ada satu kertas nota yang ditinggalkan di tepi tab mandi itu. Sam mengambilnya dan ia bertulis: “Jika awak tidak mahu mati, telefon polis sekarang.”

Sam terkejut membaca nota itu. Dia cuba memanggil gadis itu namun dia pasti dia telah ditinggalkan berseorangan di hotel itu. Kemudian terdapat sebuah telefon bimbit di sebelah Sam dan dia terus membuat panggilan polis.

Sam memberitahu apa yang terjadi pada dirinya kepada pihak polis, dan apabila dia beritahu dia berada di dalam tab mandi yang penuh dengan ais, polis itu mula memahami situasi sebenar.

Polis itu berkata: “Tuan, boleh tak tuan keluar dari tab mandi itu dan lihat badan tuan di cermin.”

Sam mula hairan dengan permintaan polis itu namun dia ikutkan juga. Dia cuba bangun dan memeriksa badannya di cermin. Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati terdapat satu kesan torehan di belakang badannya.

Sam terus cuak dan memberitahu keadaan badannya. Kemudian polis itu menyuruh Sam duduk semula di dalam tab mandi yang penuh ais itu.

“Apa yang berlaku kepada saya tuan?” tanya Sam kepada polis itu.

“Saya tidak mahu awak panik. Mungkin awak sudah diberi dadah semalam. Ketika awak tidak sedarkan diri, buah pinggang awak mungkin sudah dikeluarkan oleh gadis itu. Kejadian ini selalu berlaku untuk mereka mencuri dan menjual organ dalaman ke pasaran gelap.”

Sam tidak dapat menerima kenyataan itu dan kini dia terlantar di hospital untuk menunggu penderma organ supaya dia dapat meneruskan kehidupannya lagi. Oleh kerana mahu sedap sekejap, dia terpaksa merana seumur hidup.

Share It!
  • 229
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply