Misteri Kubur Nenek

Nenek saya baru sahaja meninggal dunia di hospital selepas beliau terlantar koma. Namun datuk tidak dapat menerima kenyataan yang isterinya sudah meninggal. Datuk masih percaya yang nenek masih lagi hidup.

Pihak hospital sudah mengesahkan kematian nenek dan perlu dikebumikan segera. Kami sekeluarga telah menguruskan jenazah arwah nenek sehingga dia dikebumikan di kubur berdekatan dengan rumah kami.

Datuk masih tidak puas hati dan mempercayai nenek masih hidup. Dia mahu kubur nenek digali semula namun kami bertegas tidak akan menuruti arahannya.

Setelah seminggu berlalu, keadaan makin tidak terkawal apabila datuk sering berkata dia bermimpi arwah nenek meronta-ronta dalam keranda mahu keluar. Datuk sudah hilang kewarasan dan untuk menamatkan kemelutan ini, kami sekeluarga cuba meminta pihak berkuasa untuk mengali kubur nenek.

Pada hari kejadian, kubur nenek digali semula, kami sekeluarga dan datuk menunggu di tepi kubur nenek. Setelah tanah sudah hampir habis digali, keranda nenek sudah kelihatan dan beberapa pekerja mula membuka papan keranda itu.

Namun setelah papan itu dibuka, semua orang yang berada di kubur itu terkejut apabila melihat keranda itu KOSONG! Kami sekeluarga sangat terkejut dengan kehilangan mayat nenek kami, namun datuk berkeras yang nenek masih hidup dan dia telah keluar dengan sendiri dari kubur itu.

Berita kehilangan nenek kami mula tersebar dan pihak polis telah menyiasat kes kehilangan ini sehingga membawa penemuan mayat nenek kami di sebuah gudang kosong. Keadaan mayat nenek kami sangat tragis dimana pelbagai organ dalaman telah dikorek dan seorang suspek telah berjaya ditangkap.

Dari kenyataan suspek berkenaan, dia diarah untuk mengali kubur yang baru ditanam untuk mengambil mayat dan menjual organ dalaman untuk dijual di pasaran gelap. Namun sebelum membawa suspek ke muka pengadilan, dia berkata semasa mengali kubur nenek itu, dia mendapati keadaan arwah nenek dalam keadaan seperti meronta dan kain kapannya terbuka dari ikatan. 

Kami sekeluarga tidak percaya dengan kenyataan suspek itu, namun setelah pihak polis menyiasat kubur nenek, dia mendapati terdapat beberapa bekas cakaran di papan keranda itu, seperti kesan cakaran dari dalam keranda.

Datuk sangat terkesan dengan berita itu dan kami sekeluarga menyesal kerana mengendahkan permintaannya.

Share It!
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply