Kisah Seram Di Sebalik Mahmoodiah Johor Bahru

Pada tahun 1980-an lagi lah best, pelancong Kuala Lumpur yang datang ke Johor Bahru tertarik dengan kemeriahan persembahan kuda kepang di pentas dataran tersebut. Hampir 2 jam dia melihat persembahan itu. Oleh kerana terlalu terpegun dengan kehebatan negeri Johor yg ‘menghalalkan’ pementasan sehingga jam 2 pagi, pelancong tersebut menceritakan hal ini kepada rakannya yang kebetulan bekerja dengan Majlis Bandaraya. Rakannya menafikan dakwaannya itu dan mngatakan bahawa dia berkhayal! Habis, apa yangg sebenarnya berlaku selama 2 jam pada mlm tersebut?

Wallahualam.. Berbalik kepada kisah di Mahmoodiah, ramai pemandu di ganggu ketika melalui kawasan perkuburan yg menempatkan kerabat-kerabat di Raja itu. Kisah pertama ini berlaku ke atas pemandu kereta yg bernama Kadir. Kadir dalam perjalanan ingin bertemu rakan di sebuah restoran di Danga Bay.Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Sampai di pertengahan jalan lingkaran (sekarang di dirikan Petronas), dia ternampak seorang wanita berjalan seorang diri. Dia pun memberhentikan kenderaan dan bertanya arah tujuan wanita berkenaan.

Wanita itu ingin ke perhentian bas di Hospital Sultanah Aminah. Kadir pun menumpangkan wanita berkenaan. Wanita tersebut menyuruh Kadir agar tidak menggunakan penghawa dingin. Biarlah dengan membuka tingkap sahaja katanya. Wanita itu memberitahu bahawa sepatutnya teman lelakinya yang menjemputnya, tetapi akibat masalah yang tidak dapat di elakkan, dia terpaksa berjalan kaki untuk ke perhentian bas hospital itu. Wanita itu juga berpesan kepada teman lelakinya agar membawa kereta, kerana dah serik menaiki motor.

Kadir cuba menenangkan wanita berkenaan dgn mengatakan bahawa naik motor lagi romantik, jimat minyak dan kalau jalan jem, boleh selit-selit. Tetapi wanita itu terus menceritakan kepada Kadir bahawa berlaku 1 kejadian yg tak di ingini semasa dia menunggang motosikal bersama teman lelakinya. Pernah satu ketika semasa menunggang motor bersama teman lelaki, mereka di sondol oleh kereta yg berlumba di situ. Kadir lantas bertanya “Ya Allah, lepas tu apa yang terjadi?” Wanita itu terus berkata, “awak nampak divider itu? di situlah saya dan teman lelaki saya tercampak selepas di seret hampir 50 meter, dan KAMI MATI bersama”..

Apa saja ayat al-quran yang terlintas di fikiran Kadir, terus di bacanya kuat-kuat. Yang terdengar hanyalah hilaian tawa wanita berkenaan lantas terbang dan berlalu pergi menerusi tingkap kereta Kadir yg terbuka luas. Kadir membatalkan hasratnya untuk berjumpa kawan-kawannya lalu terus balik ke rumah. Di rumah, dia menceritakan segalanya kepada pakciknya yang kebetulan bertandang ke rumahnya. Pak ciknya berusia 66 tahun hanya tersenyum kerana kejadian sebegini sering berlaku di kawasan itu.

Kisah kedua yang terdapat di Mahmodiah ialah berlaku kepada seorang pemandu teksi. Lokasinya ialah di Terowong berhampiran ZZ / JKR. menghala ke Anjung Warisan dari Petronas Lingkaran. Selepas melalui terowong tersebut, ada seorang wanita menahan teksinya dan terus mengejar teksi berkenaan.

Kisah ketiga ialah bangunan Yayasan Warisan Johor. Mase perang Jepun dulu. Jepun gunakan bangunan tu sebagai markas / kem mereka. Jadi, macam-macam hukuman jepun seperti pancung kepala dan macam-macam lagi yang mereka lakukan disitu. Dan disitu jugak banyak askar jepun mati. Orang-orang otai cakap, kat situ ada jepun berbaris di atas bumbung! mcm mana tu dieorang berbaris yul tak tahu la. wallahualam.

Kisah keempat kubur mahmoodiah berdekatan terowong jalan petri mengadap jalan lingkaran dalam. Ade orang cerita yang kawasan tu berhantu pada waktu petang selepas asar sebelum maghrib. Ade orang pergi ziarah kubur time tu. Ade gangguan seperti ade bende terbang atas kepala. Banyak kali. Penggali kubur kat situ pun sarankan jangan datang waktu-waktu petang macam tu. lagi-lagi kawasan tu.

Ingat, yul cuma nak bagitahu jangan terlalu percaya sangat. Nanti syirik pulak. Jangan terlalu takut dan jangan terlalu berani. Jika apa yang di tulis di atas adalah mengenai korang, Yul nak korang perbetulkan di mana silapnya. Tak kisahlah daripada tarikh atau segala bagai.. Apa-apa pun yang buruk itu datang daripada diri sendiri, kerana setiap manusia tak ubah daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Cerita ini bukan rekaan semata-mata. Ianya menjadi perbualan dari mulut ke mulut masyarakat JB. Yul pasti, ada jugak yang tak tahu lagi pasal kisah-kisah nie.

 

Share It!
  • 84
  •  
  •  
  •  

3 Replies to “Kisah Seram Di Sebalik Mahmoodiah Johor Bahru”

  1. Does your site have a contact page? I’m having a tough time locating it but, I’d like to send you an e-mail. I’ve got some creative ideas for your blog you might be interested in hearing. Either way, great site and I look forward to seeing it expand over time.

  2. I simply couldn’t leave your web site prior to suggesting that I actually enjoyed the standard information a person supply in your guests? Is gonna be again frequently in order to check out new posts

  3. Hello, i think that i saw you visited my blog thus i came to 搑eturn the favor?I am attempting to find things to enhance my site!I suppose its ok to use a few of your ideas!!

Leave a Reply