Jalan Ke Neraka

Mengikut lagenda, beberapa tahun lalu, sebuah kumpulan saintis dari Rusia sedang menjalankan satu projek penggerudian geologi di Siberia. Mereka telah menggerudi sebuah lubang sedalam 14.5 km dari kerak bumi sehingga jentera gerudi mereka mengalami gangguan teknikal.

Kumpulan saintis itu percaya mereka telah berjaya menggerudi sehingga ke kerak bumi namun sebenarnya ia adalah satu lubang yang kosong. Adakah ianya hanya menembusi satu gua bawah tanah?

Namun tiba-tiba mereka merasa satu bahang yang sangat panas keluar dari lubang itu sambil kedengaran bunyi gema yang aneh. Mereka menaikkan semula jentera gerudi dan turunkan alat pengukur suhu untuk memeriksa suhu di dalam lubang itu.

Selepas beberapa minit, mereka memeriksa alat pengukur suhu itu dan terkejut apabila melihat bacaannya melebihi 2000 darjah Fahrenheit. Ia telah melebih bacaan suhu yang sepatutnya. Melihat keaadan itu mereka terlalu takut untuk meneruskan projek itu.

Namun ketika itu mereka cuba menurunkan satu mikrofon khas untuk mendengar dengan lebih jelas bunyi gema yang aneh itu melalui mesin perakam suara. Apa yang mereka dengar ketika itu adalah suatu bunyi yang menegakkan bulu roma mereka.

Bunyi itu agak lemah namun bernada tinggi. Pada mulanya mereka menyangka bunyi itu datang dari mesin perakam suara mereka, tapi selepas melakukan sedikit pelarasan, mereka sedar bunyi itu datang dari perut bumi itu.

Bunyi yang mereka dengar ialah suara manusia yang sedang menjerit kesakitan. Dan suara itu kedengaran datang dari ramai orang yang sama-sama menjerit dan menangis seperti di dera tanpa henti. Adakah lubang ini menuju ke neraka?

Selepas penemuan itu, separuh daripada saintis itu meninggalkan pekerjaan mereka kerana masih trauma dan berharap apa yang berlaku di dalam lubang itu, tidak memberi kesan dan bala ke atas mereka.

Tamat

P/S: Cerita ini dikatakan tidak benar namun dikatakan ia disebarkan oleh golongan agama Kristian di Finland dan diterbitkan di tabloid mereka.

Artikel ini disediakan oleh Admin Syahir

Share It!
  • 168
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply