Episod 1: Potret Untuk Leya

Happy Birthday Leya!

Kringg! Loceng sekolah sudah berbunyi menandakan sesi pagi Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah sudah tamat. Pelajar-pelajar kelas tingkatan 5 Pluto sedang mula mengemas barang untuk pulang namun Sam hanya duduk sahaja di mejanya yang paling belakang di dalam kelas. Sam masih belum bersedia untuk pulangkerana dia sedang menunggu seseorang dari kelas tingkatan 5 Suria yang juga digelar kelas terbaik jika mengikut susunan sistem solar. 

“Hei Sam, buat apa termenung tu. Jomlah balik.” Kata Sein yang sedang mengemas beg sekolahnya. 

“Kau baliklah dulu.” Jawab Sam kepada rakan sekelasnya. 

“Eh jarang aku tengok kau balik lambat. Selalunya kaulah yang paling awal balik. Pelik?”

Sam membuka zip poket depan bag galasnya sehingga menampakkan satu bungkusan hadiah di dalamnya lalu menunjukkan kepada Sein.

“Owh ya aku lupa hari ni birthday  Leya!” Pekik Sein yang menampakkan perwatakan lembutnya itu.

“Ish kau ni diamlah sikit!” Marah Sam sambil melihat pelajar-pelajar lain sedang beredar keluar dari kelas. Nasib baik tiada siapa yang peduli.

Sorry. Haha kau nak aku tolong tak? 

“Boleh juga. Aku nak kau tolong berambus sekarang.”

“Amboi kau halau aku ye. Kau nak aku suruh dia jumpa kau kat sini tak? Aku pergi panggil dia ye.” Gertak Sein.  

“Eh janganlah bodoh! Nanti dia lalu sini aku pergilah jumpa dia.” 

“Ish kau ni Sam. Apa kata kau pergi je kelas dia. Bukan jauh pun. Hujung tu je.”

“Alah tunggu je lah. Nanti dia lalu sini juga.”

“Penakut. Muka je nampak ganas.” Kata Sein sambil bangun dari mejanya.

Sam tidak pedulikan kata Sein itu.

 “Happy Birthday Leya! Hari ini birthday awak kan? Saya ada hadiah untuk awak?” Sam cakap seorang diri seperti sedang berlatih bercakap untuk berjumpa dengan Leya sebentar nanti.

Sein hanya memerhati Sam dari tepi pintu kelas itu. Selepas itu dia melihat ke hujung koridor dimana kelas Leya berada. Tiba-tiba dia mendapat satu idea.

“Sam! Leya dah keluar dari kelas tu. Dia sedang berjalan ke arah sini. Get ready!”

Sam terkejut apabila mendengar kata Sein itu. Dia cepat-cepat bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah pintu belakang kelas. Dia membawa sekali hadiah yang diambil dari begnya itu.

“Eh kau tunggu kat dalam dulu, nanti dia nak sampai aku bagi isyarat.” Kata Sein sambil menolak Sam ke dalam kelas semula. Sam hanya mengikuti idea Sein dan menyorok di balik kabinet sambil mulutnya terkumat-kamit. Dia agak gemuruh untuk berjumpa dengan cinta pandang pertamanya iaitu Leya. 

“Okay Sam, get ready. Dia dah nak sampai sini.” 

“Dia dengan siapa tu Sein?”

“Dia sorang-sorang je. Peluang baik ni!”

“Hah bagus-bagus. Dia nak sampai nanti bagi tahu tau.”

“Hah ok Sam. Now!”

Sam pun keluar dari pintu belakangnya. “Happy Birthday Leya!”Jerit Sam kepada seorang pelajar perempuan gemuk yang sangat dibenci oleh pelajar-pelajar sekolah ini. 

“Happy birthday?Bila masa hari ini hari jadi saya Sam?” kata Nurul yang memakai uniform serba hijau. Dia merupakan ketua pengawas di sekolah ini.

“Err. Kau ke gemuk. Ish Sibuk je. Aku salah oranglah.” Kata Sam sambil merenung tajam ke arah Sein yang sedang menahan gelak.

“Kau apahal cakap aku gemuk. Macamlah kau tu kurus sangat. Muka pun nak bajet hensem.” Pekik Nurul

“Dah memang aku pelajar paling hensem di sekolah ini. Kau cemburu apahal!” Balas Sam 

“Ish perasannya mamat bodoh ni. Eh kejab, ni mesti kau nak bagi hadiah birthdaykat Leya kan.” 

“Eh suka hati akulah nak bagi hadiah dekat dia. Yang penting bukan untuk kau!” 

“Haha kau ingat dia nak terpikat dengan kau ke Sam? Kau dengan dia macam langit dan bumi tau. Dia tu budak pandai, cantik, berbudi bahasa. Orang bermasalah macam kau ni dia tak layanlah.” perli Nurul.

“Eh kau jangan nak hina aku la gemuk! Orang macam kau ni lagilah tak ada orang suka!”

Sam dan Nurul berperang mulut. Melihat keadaan semakin tegang, Sein cuba untuk meredakan perbalahan mereka.

“Dahlah Sam. Tak perlu gaduh-gaduh dengan ketua pengawas ni. Nanti nama kau naik lagi.” Kata Sein sambil menenangkan Sam

“Alah dia dapat jadi ketua pengawas pun sebab dia kuat kipas guru disiplin. Bukan sebab dia bagus pun.” Sam mula melemparkan tuduhan berat kepada Nurul. Sein agak risau dengan gelagat Sam yang tidak terkawal. 

“Hei Sam! Kau jangan nak fitnah aku! Apa bukti kau nak kata aku macam tu!” Jerit Nurul yang tidak puas hati dengan tuduhan Sam.

“Tak perlu buktilah. Aku kenal kau sejak tingkatan satu lagi. Dulu kau sama bodoh dengan aku. Cuma sekarang kau dah pandai kipas guru-guru dekat sini. Aku pun tak tahu apa jampi kau pakai sampai kau boleh dapat kelas sama dengan Leya. Result examkau masih teruk juga sampai sekarang.”

Nurul terdiam mendengar makian dari Sam. Airmatanya mula mengalir kerana tidak dapat menahan sedih dihina sebegitu. Sein kelihatan serba salah melihat Nurul menangis di depannya.

“SAM! STOP!

Sam dan Sein terkejut mendengar suara itu. Suara itu datang dari seorang gadis yang mereka tidak jangka dia akan muncul ketika ini. Gadis itu adalah Leya yang baru sahaja keluar dari kelasnya. Kelihatan juga pelajar-pelajar lain berdiri melihat pergaduhan antara Sam dan Nurul dari jauh. Suasana menjadi lebih tegang.

“Kenapa awak tuduh Nurul macam tu sekali. Tak baiklah!” kata Leya sambil memujuk Nurul yang sedang menangis di koridor tersebut. 

“Eh Leya, bila awak ada disini?” Kata Sam sambil terkedu melihat Leya memandang dingin kepadanya. Dia cepat-cepat menyorok bungkusan hadiah ke belakang badannya.

“Dah lama saya ada di sini. Saya dah dengar semua tuduhan yang awak lemparkan dekat Nurul. Kenapa awak ni melampau sangat hah?”

“Eh dia yang mulakan dulu. Dia kata saya tak layak berkawan dengan awak. Jadi saya marahlah.” 

“Memang betul kata dia!” balas Leya dengan tegas. “Awak dari dulu memang panas baran. Suka menyakitkan hati orang.”

 Sam tersentak mendengar kata Leya. “Bila masa saya pula saya panas baran? Siapa yang kata macam tu?” 

“Tak perlulah awak tahu siapa. Lihatlah diri awak sekarang ni!”

Leya mengelap airmata Nurul dengan sapu tangannya. Sam terpinga-pinga dengan kenyataan dari Leya. Dia terkejut apabila Leya memberi tanggapan buruk kepadanya. Pasti ada orang yang memfitnahnya di depan Leya. Sam terus merenung Nurul dengan pandangan tajam.

“Ini mesti kerja kau Nurul! Kau burukkan aku depan Leya kan!” Jerit Sam sambil mengertak Nurul.

“Sudahlah Sam! Baik awak pergi balik. Semua pelajar di sini dah kenal sangat dengan perangai buruk awak tu.” Balas Leya.

“Owh jadi bukan Leya seorang saja, satu sekolah kau dah burukkan pasal aku! Hah Nurul! Jawablah!” Sam semakin tidak puas hati.

Nurul hanya diam sahaja. Dia seperti tidak mahu menafikan kenyataan daripada Sam itu. Leya mula memandang sangsi terhadap Nurul. Sein hanya memerhati dari dalam kelas. 

“Hah tengok. Kau tak nak jawab ya Nurul? Memang perangai kau dari dulu tak pernah nak ubahkan? Suka menghasut orang. Baguslah! Aku pun dah mula tawar hati dengan kau Leya. Aku ingat kau ni cantik mestilah bijak, tapi rupanya bodoh juga! Senang kena hasut dengan si gemuk ni.”

Leya tersentak apabila Sam mengeji dia pula. Selepas itu Sam membaling hadiah hari jadi yang dibuat khas untuk Leya itu ke cermin tingkap kelas sehingga pecah. Semua pelajar yang berada di situ terkejut dengan tindakan Sam. 

“Semua ni memang membuang masa aku sahaja!” kata Sam sebelum dia beredar meninggalkan Leya dan Nurul di koridor itu. Sein terus mengejar mengikut Sam. 

Leya dan Nurul terdiam seketika. Pelajar-pelajar lain pun mula bersurai dari tempat itu. Mereka berdua cuba untuk menenangkan diri kerana terkejut dengan amukan Sam.

“Awak okay ke Leya?” Tanya Nurul. Leya hanya mengangguk. “Kan saya dah kata dia tu panas baran. Tengok sampai pecah cermin tingkap dia buat. Janganlah awak nak mendekati Sam lagi. Bahaya. Takut barang-barang awak pula dia pecahkan.” Tambah Nurul lagi.

Leya hanya memberi senyuman sinis kepada Nurul. Dia mula berubah tanggapannya kepada Nurul. Leya bangun dan pergi mengambil bungkusan yang dicampak oleh Sam itu. Nurul memandang sinis dengan perbuatan Leya. Selepas itu Leya membawa masuk bungkusan itu ke dalam kelas Sam dan meletakkannya di atas meja. Dia duduk di kerusi dan mula membuka bungkusan itu dengan berhati-hati kerana seperti ada kaca yang pecah di dalamnya.

Setelah membuka bungkusan itu, Leya melihat terdapat satu bingkai gambar buatan kayu yang bersaiz tapak tangan. Di atasnya terdapat serpihan-serpihan kaca yang menjadi penutup bingkai gambar itu. Leya mengutip serpihan kaca itu keluar sehingga menampakkan satu keping kertas yang menunjukkan satu imej wajah wanita.

Leya terkejut dan terpegun melihat imej itu kerana ianya merupakan potret wajahnya yang dilukis oleh Sam. Potret itu kelihatan sungguh cantik dan nampak hidup walaupun dilukis dengan menggunakan pensel. Ketika itu, Nurul cuba mengintai potret itu dari belakang Leya.

“Eleh, itu sajakah hadiahnya? Ingat dia bagi awak handphone ke, beg ke. Setakat potret nak buat apa.” Perli Nurul.

“Eh awak ni, suka hati dia lah. Rasanya baik awak pergi balik sekarang.” Tegas Leya.

“Em oklah. Marah nampak. Eh jomlah kita balik sama-sama.”

“Tak apa. Saya ada hal lepas ni.”

“Hal apa?”

“Eh jangan banyak tanyalah. Pergilah balik.”

Nurul terkedu apabila Leya mula bersifat dingin terhadapnya. Dia tidak berpuas hati dengan sifat Leya dan terus beredar dari situ. Leya terus membelek potret itu dan merasakan ianya merupakan satu hadiah yang sangat berharga buat dirinya.

Ketika Leya mengeluarkan potret itu dari bingkainya, terdapat sepucuk surat kecil yang terselit bersama potret itu terjatuh di atas meja. Leya membuka surat itu dan terlihat satu surat yang ditulis oleh Sam.

“Happy Birthday Leya!”

“Terimalah hadiah potret ini ikhlas dari Sam. Berbulan lamanya Sam cuba mengingati wajah Leya untuk diterjemahkan dalam sebuah potret. Maaflah sekiranya Leya tidak berapa selesa dengan perbuatan Sam ini kerana Sam tiada gambar Leya untuk dibuat rujukan. Namun dengan senyuman Leya yang manis itu membuatkan Sam sukar untuk melupakan wajah Leya. Harap dengan pemberian hadiah potret ini kita dapat menjalin satu hubungan sebagai kawan baik. Harap awak sudi la ye. 😉

Yang ikhlas,

Sam

Setelah membaca surat itu, perasaan Leya menjadi tidak keruan. Dia berasa gembira membaca surat itu namun kejadian yang berlaku tadi telah merosakkan segalanya. Sam kelihatan seperti tidak mahu meneruskan hubungan yang masih belum terjalin lagi. Leya pula masih lagi serba salah dengan sikap sebenar Sam. Adakah Sam betul-betul jenis orang yang panas baran.

Tamat Episod 1 Potret Untuk Leya

Penulis: Syahir

EPISOD 2  EPISOD 2 

Share It!
  • 209
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply