Diekori – Mai Ana

Kiriman kisah pengalaman seram yang dialami oleh pembaca Mai Ana

This one is kisah saya sendiri. Berlaku 2 tahun lepas but tak tahu la kalau masuk citarasa admin. This thing happen waktu saya belajar di UITM Kuching. Saya budak diploma and tinggal hostel. Bilik hostel pun tingkat 5 atas sekali plus saya ada asma, live budak u memang busy lah and banyak sangat kerja nak buat.

Ok pendekkan cerita. Satu hari tu saya memang busy dengan assignment dan kerja project sekali. Sepatutnya minggu tu saya balik rumah tapi yelakan busy dengan kerja apa semua so hari tu saya balik sangat lambat ke rumah.

So pendekan cerita lagi saya balik rumah waktu tu dalam pukul 1 pagi sebab malam tu saya ada group discussion pasal project kerja last semester. So sampai rumah saya heran sebab rumah gelap lampu tak pasang apa semua. Tapi disebabkn penat saya masuk jelah.

Saya tengok mak tengah tengok tv and adik saya dalam bilik tengah main game. Saya masuk bilik mandi dan turun makan. Saya tanya mak saya…

“Mak dah masak ke belum?”

Mak saya jawab..

“Dah tapi habis sebab bapak you balik tadi makan habis”

So saya pergi lah masak mee. Perut lapar kan so masak jelah. Terdengar adik saya terjerit-jerit main game kot. Lepas tu dia nangis pulak, tapi tak kisah sebab perut lapar kan so saya pergi masak mee and makan mee.

Sampai waktu saya tengah makan mee saya terfikir pulak. Tadi mak cakap bapak balik makan habis nasi, tapi bila pikir kan bapak baru jer turun kerja Offshore 2 minggu lepas. Mustahil kot bapa dah balik.

Start tu saya diam and mula rasa tak tenang hati. So saya tinggalkan saya punya makanan and pergi ruang tamu nak bercakap dengan mak. Tapi saya tengok gelap je ruang tamu so saya panggil lah mak.

Panggil-panggil tak pulak yang jawab. Lepas tu saya rasa waktu tu kaki dah memang lemah and tangan saya bergetar bila tengok ada nota atas meja.

Nota tu dari mak.. Dia tulis…

“Dear… Mak dengan adik balik rumah auntie sebab dorang ada jamuan makan selamat arwah auntie”

Saya terus diam peluh bukan main lagi macam hujan kot.lepas tu saya dengar..
“Ye syg.. Mak kat dapur ne…”

Dengan bunyi seperti sedang potong daging saya terdiam dan tak tau nak buat apa. Dengan lampu ruang tamu yang gelap cuma terang lampu dapur je kot, saya kuatkan hati saya slow-slow naik tangga try nak naik bilik.

But then belum sampai 2 tangga saya naik, lampu dapur terus padam…and dengar bunyi tapak kaki… you tau waktu tu saya dah tak ingat tangga dah tak ingat tiang apa semua. Saya pecut lari naik bilik, sampai bilik saya kunci dan terus menangis ketakutan.

Baru saya teringat my phone semua masih dekat dapur.. So saya tak tau nak call siapa dan ketakutan. Sampai saya dengar bunyi tapak kaki sampai seolah-olah bunyi kakinya diikat rantai. Kalau cakap saya terkencing time tu tak tipu kot.

Saya tengah pikir dan tak tau apa nak buat. Dalam masa sama pikiran saya memang bercelaru sama nak cakap itu hantu ke manusia. Sampai satu saat tu bunyi tu berhenti betul-betul depan pintu…

Lampu bilik saya terpadam and terdengar macam ada orang cuba buka pintu bilik dengan kunci. Waktu tu saya dah berlindung di bawah katil dengan selimut and berharap Tuhan betul-betul ada di sebelah saya…

Papp pintu terbuka. Terkejut tengok mak saya sendiri berdiri tercegat dekat pintu dan panggil nama saya. So apalagi saya bangun and terus peluk mak saya. Dia terkejut and tanya.

“You dah kenapa?”

Saya diam dan cakap ada benda kacau saya apa semua. Mak suruh saya pergi bilik mandi cuci muka apa semua. Belum 2 langkah kaki saya ke bilik air, saya terdengar suara adik saya di bawah….

“Kakak buka pintu… Saya dengan mak dah balik bawa buah yang kakak suka…kakak2..”

Waktu tu saya tengok jam dekat dinding tandas dh pukul 3 pagi. Disebabkan kepenatan dan ketakutan saya pengsan depan tandas belum sempat lagi saya pusing turun bawah sebab dalam fikiran kalau mak dengan adik dekat bawah, siapalah dekat bilik saya? Lepas tu saya dengar suara..

“You dah cuci muka ke?”

Terus saya pengsan. Pagi tu saya bangun saya tengok badan saya semua dah lebam dan saya deman satu minggu. Lepas tu hantar pergi berubat barulah tahu kerja project yang kami buat tu penyebab benda ni terjadi…

Sebab kami menganggu tempat benda ni berada dan saya kena sebab saya ketua project dan pelakon utama. Kerja project kami bertajuk..

“Kemalangan Jalan Raya.”

Kami memang nak buat yang seram-seram kot nak bagi gempak last-last diri sendiri yang kena..

Ditulis oleh: Mai Ana

Share It!
  •  
  •  
  •  
  •  

One Reply to “Diekori – Mai Ana”

  1. I have to thank you for the efforts you have
    put in penning this site. I am hoping to check out the same high-grade blog
    posts from you later on as well. In fact, your creative writing abilities has encouraged me to get my own blog
    now 😉

Leave a Reply