Kekasih Gelap

Ira terus memerhatikan kenderaan yang lalu lalang di depannya. Sesekali matanya memandang ke penghujung jalan, mengharapkan bayangan bas tambang yang akan membawanya ke destinasi. Ekspresi wajahnya kosong, sekosong hatinya. Tingkah pemuda selekeh yang merokok di sebelah kanannya atau perbuatan wanita tua yang mengira duit syiling di sebelah kirinya langsung tidak dihiraukan. Beberapa minit kemudian, bas […]

Qarin

Riuh kantin itu dengan sorakkan pelajar tingkatan 3 Mawar. Di tengah-tengah kekecohan itu, Jiha duduk sambil menggenggam tangan menahan marah, basah di siram dengan air oren yang baru dibelinya tadi. Afif tersenyum bangga, lalu mencampak gelas plastik yang telah dia kosongkan itu. “Inilah selayaknya untuk anak pungut,” keji Afif lagi. Jiha masih diam, namun marah […]

Kasih Inspektor Hariz

Inspektor Hariz masih meneliti fail kes di atas mejanya. Sudah 3 bulan dia dan pasukannya cuba menjejaki Osman dan Rizal, penjenayah duo yang sangat kejam. Modus operandi mereka mensasarkan ibu tunggal dengan anak yang kecil, menyamar sebagai jurujual bergerak yang datang sebelum menyerang mangsa. Kesemua mangsa akan dirogol dan diliwat sebelum dirompak. Untuk menutup perbuatan […]

Cinta Si Abang Bomba

Perlahan-lahan Lina membuka matanya. Pandangannya kabur. Dipejamnya semula. Buka. Masih lagi kabur. Setelah beberapa kali memejam celik matanya, baru Lina sedar, kekaburan itu adalah kabus asap. Lina panik, tetapi dirasakan dirinya terlalu lemah. Dia cuba menggerakkan tubuhnya, sakit. Seluruh badannya terasa sakit yang amat, seolah dihentam kuat. Dia memandang sekeliling, dan segalanya mula jelas. Dia […]

Lamunan

Punat kunci kawalan jauh kereta Kancilnya ditekan. Azmi buka pintu kereta ruang pemandu dan masuk. Setelah pintu ditutup, dia melepaskan lelah. Penat menguasai diri. Dia melihat jam tangannya, menunjukkan pukul 11.30 malam. Nasi goreng kampung dan milo ais yang baru sahaja ditelannya membuatkan matanya mulai berat. Dia mengeluh. Dia tahu perjalanan masih jauh namun dia […]

Anak

Zila sedang membasuh pinggan apabila mendengar anaknya tertawa kecil di ruang tamu. Dia hanya tersenyum, lalu menghabiskan basuhan dan pergi mendapatkan anaknya. Sarah, satu-satunya buah hati Zila sedang melukis sambil sekali sekala tersenyum lebar. “Seronoknya anak ibu nie,” tegur Zila sambil mengelus lembut kepala anaknya. “Amy dan Lia buat lawak ibu,” balas Sarah sambil menggosok […]