Carmen Winstead

Kisah ini mengenai seorang gadis berumur 17 tahun bernama Carmen Winstead yang baru berpindah ke Indiana. Keluarga Carmen berpindah kerana bapanya baru sahaja kehilangan kerja dan terpaksa mencari kerja di tempat baru ini. Perpindahan ini memberi banyak masalah kepada Carmen. Dia terpaksa meninggalkan rakan-rakannya dan menempuhi hidup di sekolah baru.

Carmen sukar mendapat rakan di sekolah barunya dan kebanyakan pelajar tidak suka mendekatinya. Carmen banyak menghabiskan masa bersendirian namun beberapa minggu kemudian dia mula berkawan dengan satu kumpulan yang mempunyai lima pelajar perempuan di sekolah itu.

Carmen menyangka mereka berlima ikhlas berkawan dengannya namun sebenarnya mereka banyak mengata dan menyebarkan cerita buruk di belakangnya. Apabila Carmen berdepan dengan mereka, Carmen terus dibuli dan menjadikan hidupnya sensara di sekolah itu. Pembulian itu makin lama makin buruk sehingga ada satu hari ketika waktu rehat, mereka berlima meletakkan yogurt ke dalam beg Carmen sehingga kotor buku-bukunya. Adakala mereka meletakkan tahi anjing di dalam poket baju hujan Carmen dan melakukan vandalism pada lockernya.

Kerana tidak tahan, Carmen cuba melaporkan kegiatan mereka pada gurunya namun hasratnya tidak tercapai kerana bala telah menimpanya.

Kejadian berlaku selepas waktu rehat, sekolah Carmen telah melakukan ujian kebakaran dan semua pelajar perlu berkumpul di padang sekolah. Ketika Carmen berpusu-pusu berlari ke padang sekolah, mereka berlima itu berpakat untuk membulinya lagi dengan menolak Carmen jatuh ke dalam lubang longkang yang agak dalam sehingga menyebabkan Carmin cedera parah di bahagian muka.

Mereka berlima ketawa pada mulanya namun ketika guru sekolah mencari Carmen di longkang itu, mereka mendapati tubuh Carmen sudah tidak bernyawa lagi. Pihak hospital telah datang dan mendapati leher Carmen telah patah. Lima pelajar perempuan itu tidak berani mengaku yang mereka telah menyebabkan kematian Carmen dan pihak polis telah memutuskan kes Carmen adalah kematian mengejut.

Sebulan selepas itu, rakan sekelas Carmen mula menerima email yang aneh dari akaun MySpace mereka. Email itu mengandungi mesej “Mereka telah menolak Carmen” dan memberi amaran kepada mereka yang menolaknya harus bertangggungjawab atas penyebab kematian Carmen. Namun kebanyakan pelajar menghiraukan mesej itu dan menganggapnya sebagai gurauan.

Beberapa hari kemudian, salah seorang pelajar perempuan yang menolak Carmen itu mengalami gangguan ketika dia sedang mandi di mana dia mendengar suara gadis ketawa di lubang air bilik mandi itu. Pelajar perempuan itu kemudian dilaporkan hilang ketika ibunya mendengar dia menjerit di bilik tidurnya.

Pihak polis berjaya menjumpai pelajar perempuan itu namun malangnya dia sudah tidak bernyawa lagi. Mayat pelajar perempuan itu dijumpai di dalam longkang dan dipenuhi dengan lumpur. Punca kematiannya adalah patah leher dan wajahnya ditoreh dengan begitu kejam.

Satu demi satu pelajar perempuan yang berkomplot itu ditemui mati dengan keadaan yang sama. Khabar angin mengatakan roh Carmen telah membalas dendam atas pembunuh dirinya. Namun dendam Carmen masih belum reda lagi kerana masih berlaku kes kematian mengejut yang melibatkan rakan-rakan sekelas Carmen. Dikatakan sesiapa yang tidak percaya akan pembunuhan Carmen, mereka akan diburu oleh roh Carmen dan dibunuh dengan cara yang sama seperti kematian Carmen.

Dan jika anda tidak percaya tentang cerita ini, mungkin nanti Carmen datang ketuk cermin tingkap bilik anda. Jadi share and like kisat ini supaya Carmen mendapat perhatian yang dimahukan. huhu

Share It!
  • 222
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply