Bukit Syaitan


Kisah ini berlaku pada musim sejuk dan ketika itu saya masih kecil. Saya tinggal bersama keluarga saya di kawasan kampung pendalaman dan hidup bersederhana. Pada suatu hari, nenek saya mendapati kayu api sudah hampir kehabisan untuk memanaskan rumah. Jadi ayah mengajak saya pergi mengutip kayu api di atas bukit berhampiran rumah kami.

Kami pergi dengan menaiki pick-up truck. Ayah akan mencari dan membelah kayu api dan saya akan menyimpannya di belakang truck. Beberapa jam kemudian, matahari mula terbenam dan kami terus bersiap untuk pulang ke rumah semula.

Semasa dalam perjalanan, hari mula menjadi gelap dan ayah saya memandu dengan perlahan melalui jalan yang agak berliku. Namun tiba-tiba bulu roma saya meremang, dan saya mendapati wajah ayah saya menjadi pucat.

Lantas ketika itu saya terdengar bunyi ketukan di belakang truck kami. Ketika saya mahu menoleh, ayah saya melarang saya.

“Jangan pandang belakang!”

Jantung saya mula berdegup laju. Ayah saya mula menekan minyak dan memandu dengan laju. Kami berdua diam membisu dan menumpukan perhatian kami di hadapan jalan.

‘Tap! Tap! Tap!’

Kami terdengar lagi bunyi ketukan itu dari belakang truck.

“Jangan pandang belakang! Walau apa pun berlaku, terus tengok kehadapan!” 

Ayah memberi arahan kepadaku lagi dan kali ini dia mula membaca doa. Airmata aku mula mahu mengalir dan aku begitu takut sehingga menutup mata sepanjang perjalanan.

Namun kali ini aku dapat mendengar bunyi detuman yang kuat dari belakang truck kami. Aku cuba membuka mata dan melihat side mirror di tepi aku. Alangkah terkejutnya aku mendapati terdapat lembaga yang tinggi lampai sedang memunggah dan membuang kayu-kayu api dari belakang truck kami.

“Jangan tengok!”

Aku terus menutup mata setelah diberi amaran oleh ayah. Bunyi detuman itu mula berangsur hilang dan setelah hampir sejam perjalanan, kami sudah sampai ke rumah kami.

Apabila kami keluar dari truck, ayah saya mendapati semua kayu api yang dikutip telah hilang dan mendapati beberapa bekas cakaran di badan truck itu.

“Nanti bila nenek tanya, bagitahu dia yang kayu api terjatuh dalam perjalanan. Jangan bagitahu apa yang telah berlaku tadi. Ingat tau!”

Aku hanya mengangguk dan masih terkejut dengan kejadian itu. 

Pada malam itu ketika aku mahu tidur, aku terdengar bunyi-bunyi aneh dari luar tingkap. Aku terus bangun dan melihat dari tingkap itu. Dari sini aku dapat melihat bukit yang aku pergi petang tadi.

Bagaikan tidak percaya, aku dapat melihat beberapa pergerakan di antara pokok-pokok di bukit itu. Burung-burung berterbangan dan anjing menyalak kuat seperti ternampak sesuatu.

“Ayah tersalah pilih ‘pokok.’ Nasib baik ‘dia’ masih ada belas kasihan pada kita lagi.” Kata ayah yang tiba-tiba berada di pintu bilik aku. 

“Dia itu apa ayah?” kataku dengan nada mengigil.

“Sudahlah. Pergi tidur. Jangan ditanya lagi tentang ini.”

Ayahku terus beredar dari bilik. Aku terpinga-pinga dan terus berdoa agar tiada perkara buruk akan berlaku kepada keluargaku lagi.

Share It!
  • 1
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply