5 Pekerjaan Pelik Wujud Di Dunia

Merungut dengan kerja hari-hari makan gaji di pejabat yang berhawa dingin? Mari kita tukar pekerjaan yang menarik seperti di bawah ini.

1. Penumpang Professional (Indonesia)

Kerajaan Indonesia telah mengehadkan beberapa jalan raya di Jakarta sebagai laluan kepada kereta yang mempunyai tiga atau lebih penumpang untuk mengelakkan kesesakan. Orang miskin dari pinggir bandar mengambil kesempatan ini dengan menawarkan perkhidmatan sebagai ‘penumpang’ kepada pemandu yang ingin melalui jalan raya itu. Mereka mampu menjana pendapatan sebanyak 100000 rupiah sehari. Namun perkhidmatan ini adalah salah di sisi undang-undang, jadi mereka harus berlagak seperti sudah lama berkenalan supaya tidak ditahan oleh pihak berkuasa.

2. Pengorek Telinga Profesional (India)

Di bandar seperti Mumbai yang penuh sesak dan berhabuk, sesetengah orang akan menawarkan perkhidmatan mengorek telinga secara professional. Mereka akan memakai serban merah dan duduk di jalanan sambil melambai-lambai jarum pengorek bagi mendapatkan pelanggan. Perkhidmatan ini telah wujud sejak dua dekad yang lalu dan ianya mampu menjana pendapatan sekurang-kurangnya 5000 rupee (RM300) sebulan.

3. Badut Di Majlis Pengebumian

Badut ini diupah untuk menyerupai si mati untuk menari atau berlakon gaya seperti si mati. Ini merupakan satu kepercayaan masyarakat Rom di mana ritual ini akan menenangkan semangat si mati dan membawa rahmat pada ahli keluarga si mati. Semasa di dalam majlis pengebumian, badut ini akan menari dan berjenaka berdekatan dengan keranda bersama badut-badut yang lain sambil meniru gaya si mati. Perkhidmatan badut ini dibayar dengan harga yang tinggi supaya dapat menceriakan suasana di majlis pengebumian tersebut

4. Pengkabung Profesional

Mereka ini pula diupah untuk menangis di majlis pengebumian. Ini merupakan tradisi di yang diamalkan di Negara-negara Asia Tengara di mana mereka mempercayai dengan tangisan itu mampu membawa roh si mati pergi ke kehidupan akhirat dengan mudah. Lagi kuat mereka menangis, lagi cepat roh si mati sampai ke akhirat.

5. Oshiya (Japan)

Oshiya merupakan satu pekerjaan di mana pekerja di stesen keretapi akan menolak penumpang ke dalam kereta api yang penuh semasa waktu kemuncak. Kebanyakan pekerjaan ini berlaku di Japan, New York dan China. Kalau Oshiya ini diperkenalkan di Malaysia, pasti mereka akan dituduh melakukan gangguan seksual.

Share It!
  • 80
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply